Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yusuf


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NABI YUSUF A.S.

Nabi Yusuf a.s. Nama penuh baginda ialah Yusuf

ibn Ya‘kub ibn Ishaq ibn Ibrahim a.s. Baginda

merupakan salah seorang daripada nabi-nabi Allah

SWT. Nabi Ya‘kub a.s. mempunyai 12 orang anak

lelaki. Nabi Yusuf a.s. merupakan seorang anak yang

kacak rupa parasnya, dan menyebabkan baginda

lebih disayangi oleh Nabi Ya‘kub. Ini telah

menyebabkan saudara-saudara baginda yang lain

berasa cemburu dan memberi kesusahan kepada

baginda. Namun begitu, kesusahan itu telah menjadi

satu kebaikan dan keberkatan kepada baginda,

negeri Mesir dan umat manusia di persekitarannya.

Pada suatu hari, ketika Nabi Yusuf masih kecil,

sebagaimana yang diceritakan dalam al-Qur'an

al-Karim, Nabi Yusuf a.s. bermimpi melihat 11 bintang,

matahari dan bulan sujud kepada baginda. Lalu,

baginda pergi menemui bapanya Nabi Ya‘kub a.s.

untuk menceritakan mimpinya itu. Nabi Ya‘kub a.s.

meminta anaknya supaya tidak menceritakan mimpi

tersebut kepada saudara-saudaranya yang lain

kerana bimbang mereka akan memperdayakannya.

Saudara-saudara baginda yang lain sememangnya

amat cemburu dengan kasih sayang yang

berlebihan yang diberikan oleh bapa mereka

kepada Nabi Yusuf. Oleh itu, mereka merancang

untuk melakukan kejahatan terhadap baginda.

Mereka sentiasa menunggu peluang untuk

melakukan sesuatu yang akan menghilangkan kasih

sayang bapa mereka kepada Nabi Yusuf a.s.

UMUM 
YUSUF AL-QARADAWIUlama yang produktif, pendakwah Islamiyyah dan penyair.AGAMATokoh
SURAH YUSUF

Surah Yusuf ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-12 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 112 ayat.

Surah ini dinamakan Yusuf kerana ia hanya

menceritakan tentang kisah Nabi Yusuf ibn Ya‘kub

a.s. dan segala ujian yang dihadapi oleh baginda.

UMUM 
YUSUF IBN TASYIFIN

Yusuf ibn Tasyifin (410 –500 H/1019 –1106 M),

pemerintah kerajaan al-Murabitun di bahagian

pedalaman Maghribi. Nama penuhnya ialah Yusuf

ibn Tashifin ibn Ibrahim al-Musalliy al-Sanhajiy

al-Lamtuniy al-Hamiriy Abu Ya‘qub.

UMUM 
ABU YUSUF, YA‘QUB

Abu Yusuf, Ya‘qub (113 H.–182 H./731 M.–

798 M.), sarjana Islam yang masyhur. Nama

penuhnya ialah Ya‘qub ibn Ibrahim ibn Habib ibn

Khanis ibn Sa‘ad ibn Habsyah al-Ansariy. Abu Yusuf

ialah kadi, sahabat dan murid kepada Imam Abu

Hanifah, dan merupakan orang yang mula-mula

menyebarkan mazhab Hanafi.

UMUM 
MOHD YUSUF AHMAD, DATOpentadbir, pendidik, penulis dan pejuang kebangsaan dalam penulisan dan pendidikan.BAHASATokoh
HAJJAJ IBN YUSUF AL-THAQAFIY AL- UMUM 
PATIH YUSUF

PATIH YUSUF ( ?-? ), pemerintah Grisek (awal abad ke-16).  Dia juga dikenal dengan nama Pate Cucuf.  Menurut Tome Pires dalam Suma Oriental, Patih Yusuf adalah keturunan Melayu dan berasal daripada kerabat keluarga diraja Melaka, yang terusir oleh Portugis, ketika Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.  Datuk Patih Yusuf adalah saudara perempuan Sri Nara Diraja, iaitu bapa bendahara Melaka.  Sultan Mahmud Syah (m.m. 1488-1511), Sultan Melaka yang terakhir, adalah juga cucu kepada bendahara.  Dengan demikian, Patih Yusuf adalah saudara sepupu kepada Sultan Mahmud Syah.  Manakala ayahnya, Patih Adam, berasal daripada keluarga pedagang laut Melaka, yang lebih dahulu datang ke Gresik untuk menggantikan datuk Patih Yusuf sebagai pemerintah.  Setelah Patih Adam meninggal dunia, dia datang ke Gresik bersama-sama keluarganya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KINDI, ABU YUSUF AL-

Kindi, Abu Yusuf al- ( ?–260 H/?–874 M), ahli

falsafah Arab. Nama penuhnya ialah Ya‘qub ibn

Ishaq ibn al-Sabah al-Kindi. Dia dibesarkan di

Basrah.

UMUM 
ABDUL MALIK YUSUF, TUNABDUL MALIK YUSUF, Tun (1899-1977), Gabenor Melaka yang kedua (1963-1971). SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
12345

Kembali ke atas