Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[za]/[za] | زاء

Definisi : (zO) 1. huruf ke-17 abjad Arab (mempunyai nilai 900); 2. huruf ke-18 abjad Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata za


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZA'BAtokoh bahasa Melayu yang digelar Pendeta.BAHASATokoh
EJAAN RUMI ZA'BA

EJAAN RUMI ZA’BA, sistem ejaan Rumi yang disusun untuk bahasa Melayu oleh Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) dan telah dimuatkan dalam buku Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) yang diterbitkan pada tahun 1949. Sistem ejaan ini juga telah dihuraikan dengan panjang lebar dalam buku Pelita Bahasa Melayu oleh penyusun yang sama. Nama asal bagi sistem ejaan ini ialah “Petua-Petua Ejaan Rumi” dan sempena nama penyusunnya, sistem ini dikenal dengan nama Sistem Ejaan Rumi Za’ba.

BAHASABahasa
ZA'BA, TAN SRI

Za’ba, Tan Sri  (1896 –1973) ialah tokoh bahasa, kesusasteraan,

dan nasionalis Melayu. Nama sebenarnya ialah

Zainal Abidin bin Ahmad. Nama penanya ialah

Anak Melayu Jati, Patriot, dan Zai Penjelmaan.

UMUM 
ZAHARAH ZA'BA

ZAHARAH ZA’BA  (1920-1988),  penyair dan wartawan.  Nama sebenarnya ialah Zaharah Zainal Abidin.  Dia lebih dikenal sebagai Zahara Za’ba kerana menggunakan nama ayahnya , pendeta Za’ba.  Dia lahir pada 26 Julai 1920 di Kuala Kangsar, Perak. Zaharah lulus Darjah Lima, Sekolah Melayu Kampung Baru, Kuala Lumpur (1926-1929) dan mendapat sijil School Certifacate dari Sekolah menengah Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur (1938).  Kemudian dia mengikuti Kelas Normal di Sekolah King Edward VII, Taiping, Perak dan lulus sebagai pendidik pada tahun 1940.

BUDAYATokoh
PEDOMAN EJAAN JAWI ZA'BA

PEDOMAN EJAAN JAWI ZA'BA, satu sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam buku karangan Za'ba yang berjudul Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi).  Buku ini diterbitkan pada tahun 1949.  Usaha mengumpul bahan untuk buku ini bermula pada tahun 1918 tetapi hanya pada tahun 1938 bahan-bahannya siap dikumpul.  Pada bahagian permulaan buku ini diberikan kaedah tulisan Melayu dengan huruf Jawi atau dengan kata lain Pedoman Ejaan Jawi bagi bahasa Melayu.  Sebenarnya sebelum disusun kaedah ejaan Jawi yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu, Za'ba telah menulis sebuah buku yang berjudul Rahsia Tulisan Jawi (1931).  Pada tahun 1940, Za'ba memasukkan kaedah ejaan Jawi ke dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu Penggal 1.

BAHASABahasa
PENDETA BAHASA

PENDETA BAHASA, gelaran yang diberi kepada orang perseorangan yang ahli atau pakar dalam bidang bahasa Melayu serta berjasa terhadap bahasa tersebut.  Gelaran ini dianugerahkan oleh badan bahasa atau kongres bahasa Melayu.  Antara ahli bahasa Melayu yang mendapat gelaran Pendeta ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba).  Za’ba telah mendapat gelaran Pendeta Bahasa Melayu dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Johor Baru dan Singapura pada tahun 1956.  Tiga orang lagi yang telah dianugerahi Pendeta Bahasa oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B) ialah Dato’ Abdullah bin Abdul Rahman, Richard O. Winstedt dan Mejar Dato’ Haji Muhammad Said bin Haji Suleiman.

BAHASAKonsep
RUBAIDIN SIWAR

RUBAIDIN SIWAR (1943 – 1986), penulis.  Dia lahir pada 21 Mac 1943 di Kapar, Kelang, Selangor.  Rubaidin menggunakan nama pena Riwayati M. Amin semasa menulis cerita ekspedisi atau kisah penjelajahan, Zabri amir dan Arham Zaidi semasa menulis cerpen remaja.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Kapar (1950 – 1955) dan Sekolah Dato’ Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak (1957 – 1961).  Kemudian dia mengikuti latihan perguruan di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak (1963 – 1961).  Rubaidin kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan Penulisan Kreatif dan Deskriptif, dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1981.

SASTERAKonsep
ILMU MENGARANG MELAYU

ILMU MENGARANG MELAYU, buku bahasa karya Za’ba yang pertama kali terbit pada tahun 1934 dalam tulisan Jawi. Kini buku ini telah diulang cetak sebanyak lima kali dalam tulisan Jawi (1947, 1949, 1951, 1952 dan 1956) dan dua kali dalam tulisan Rumi (1962 dan 1965).

BAHASAKarya
SULTAN ABDUL GHAFUR

SULTAN ABDUL GHAFUR (? – 1614), Sultan Pahang yang ke-12 berketurunan Sultan Melaka.  Baginda adalah putera Sultan Abdul Kadir ibni Sultan Zainal Abidin.  Baginda menggantikan adindanya, Sultan Ahmad sebagai Sultan Pahang dengan memakai gelaran Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Syah.  Baginda berkahwin dengan Raja Ungu, adinda Raja Patani, dan baginda juga berkahwin dengan kerabat di raja Brunei.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
EJAAN RUMI WILKINSON

EJAAN RUMI WILKINSON, sistem ejaan Rumi yang pertama bagi bahasa Melayu di Persekutuan Tanah Melayu. Sistem  ejaan ini hasil daripada usaha yang dilakukan  oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) yang membentuk sebuah Jawatankuasa  Ejaan Rumi, diketuai oleh R.J. Wilkinson, pada tahun 1904. Sistem ejaan tersebut kemudiannya diberi nama Sistem Ejaan Rumi Wilkinson. Sistem tersebut digunakan dalam A Malay English Dictionary (Romanised) yang disusun oleh R.J. Wilkinson, kemudian menjadi dasar kepada Sistem Ejaan Rumi Za’ba atau Sistem Ejaan Sekolah.

BAHASABahasa
12

Kembali ke atas