ZAID BIN THABIT | Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. dan penulis wahyu. | AGAMA | Tokoh |
ZAID AHMAD | ZAID AHMAD (1944- ), penulis. Dia lahir pada bulan Mei 1944 di Kampung Jias, Pasir Mas, Kelantan. Dia menerima pendidikan rendah di Sekolah Melayu Pasir Mas hingga lulus Darjah Enam. Kemudian dia meneruskan pelajaran menengahnya di Sekolah Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan hingga lulus FMC pada tahun 1963. Selepas itu, dia menuntut pula di Central Inland Fisheries Institute, Calcutta, India. Pada tahun 1975, dia mengikuti program ASEAN Training Course di Sukabujmi, Indonesia. Kini dia bertugas sebagai pegawai perikanan di Machang, Kelantan. | SASTERA | Tokoh |
MUSADDAD IBN MUSARHAD | Musaddad ibn Musarhad ialah ulama hadith yang terkenal. Nama penuhnya ialah Abu al-Hassan Musaddad ibn Musarhad ibn Musarbal al-Asadiy al-Basriy. Dia meriwayatkan hadith dari Hamad ibn Zaid, Yahya al-Qattan dan Waki. Hadithnya diriwayatkan oleh al-Bukhariy, Muslim, Abu Dawud, Abu Zarah, Abu Hatim al-Razlyan serta an- Nasa’iy dan al-Thirmidhiy. Dia dikatakan orang yang pertama menyusun musnad hadith di Basrah. Al- Kahabiy berkata: Dia mempunyai kitab musnad yang diriwayatkan darinya oleh Mukadh ibn al- Muthanna dan kitab musnad lainnya yang lebih kecil yang diriwayatkan oleh Abu Khalifah al- Jumahiy. | UMUM | |
TILMISANIY, AL-SYARIF AL- | Tilmisaniy, al-Syarif al- (710–771 H / 1310– 1370 M.), ulama fiqh dan usul fiqh bermazhab Maliki yang mendalami ilmu-ilmu wahyu dan ilmu akal. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Ahmad ibn Ali al-Alwani al-Syarif al-Tilmisani. Dia dibesarkan di Tilmisan dalam sebuah keluarga ilmuwan dan ternama. Dia mendapat bimbingan serta tunjuk ajar ilmu al-Qur’an daripada al-Syeikh Abu Zaid ibn Ya`qub dan mempelajari ilmu lain daripada al-Qadhi Abu ‘Abdullah ibn Hadiyah al- Qursyi, Abdullah al-Mujasi dan al-Qadhi al-Tamimi. | UMUM | |
LAMBAK | LAMBAK, novel karya Zaid Ahmad. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1974. | SASTERA | Karya |
LAMURI | LAMURI, negeri yang meliputi kawasan barat laut Sumatera dan terletak di sekitar daerah Kutaraja, Aceh, Indonesia. Sumber Arab (850-1150) mencatatkan Lamuri sebagai Ar-Ramni atau Ar-Ramini. Menurut Abu Zaid Hassan (916 M), kawasan ini terletak dalam kawasan kerajaan Maharaja Zabag. Lamuri amat terkenal dengan pokok kayu lidah buaya atau kelembak. Kedudukan Lamuri yang Strategik iaitu di jalan utama Selat Melaka menjadikannya pelabuhan persinggahan bagi para pedagang Arab sekurang-kurangnya seawal abad ke-10. Pada akhir abad ke-12, kapal dagang yang membawa kumpulan pedagang Cina telah pergi ke Lamuri dan berlabuh di pelabuhan Nan-P’o-Li (Pedir/Pedie) atau Sigli moden. Pada hujung abad ke-13, Marco Polo menyifatkan Lamuri sebagai salah sebuah daripada enam kerajaan yang terletak di utara Sumatera. Menurut catatan Chao Ju-Kua (1225), lamuri merupakan salah sebuah daripada 15 negeri yang diperintah oleh San-fo-chi (Sriwijaya). Kitab Negarakertagama (1365) pula telah memasukkan Lamuri dalam kawasan pemerintahan empayar Majapahit | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SA'ID IBN AL-MUSAYYAB (13–94 H. / 635–713 M. | Sa’id ibn al-Musayyab (13–94 H. / 635–713 M.), ketua ahli fiqh, ketua para tabi’in dan periwayat hadith. Nama penuhnya ialah Sa‘id ibn al-Musayyab ibn Hazn ibn Abi Wahab al-Makhzumi al-Qurashi. Bapa dan datuknya adalah dua orang sahabat nabi yang memeluk Islam pada hari pembukaan kota Makkah. Sa‘id mendengar hadith daripada ‘Umar ketika dia berkhutbah. Dia juga mendengar hadith daripada ‘Uthman ibn ‘Affan, ‘Ali ibn Abi Talib, Zaid ibn Thabit, ‘Aisyah, Sa‘ad ibn Abi Waqqas, Abu Hurairah (suami kepada anak perempuannya dan orang yang paling mengetahui tentang hadithnya) dan lain-lain lagi dari kalangan sahabat. | UMUM | |