NUMIDIA | Numidia ialah kawasan di utara Afrika pada zaman purba. Ia meliputi sebahagian Algeria kini. Numidia bersekutu dengan Carthage yang berjiran dengannya apabila Perang Punic Kedua antara Carthage dengan Rom yang bermula pada tahun 218 S.M. Tetapi, Massinissa, ketua kaum Numidia , berpihak kepada jeneral Rom, Publius Cornelius Scipio. Sebagai balasan kerana menjadi sekutu Scipio, Massinissa diberi ganjaran wilayah dan menjadi raja bagi seluruh Numidia kira-kira pada tahun 200 S.M. Pada tahun berikutnya, orang Numidia membantu Scipio mengalahkan orang Carthage, yang diketuai oleh Hannibal, di Zama yang terletak di utara Afrika. | UMUM | |
KAYU PELANTAK | Kayu pelantak ialah jentera peperangan yang digunakan di Zaman Purba dan Zaman Pertengahan untuk membuka sela di dinding atau pintu pagar istana kota dan bandar-bandar berkubu. Orang Assyria mahir menggunakannya | UMUM | |
QU YUAN | Qu Yuan (340?–278? S.M.) ialah pemuisi agung serta patriotik pada zaman purba di China. Sajaknya tersebar luas di dunia pada pertengahan tahun 1900-an. | UMUM | |
OLYMPIAD | Olympia ialah lembah yang terletak kira-kira 18 kilometer dari Pirgos, Greece. Pada zaman purba, agama, politik, dan olahraga berpusat di Olympia. Sukan Olimpik dilangsungkan di sini setiap empat tahun sekali. Semua bangunan yang terdapat di Olympia dibina bagi tujuan pemujaan atau sukan. Bangunan keagamaan dibina berkelompok di Altis (dusun suci), yang terletak di tempat Sungai Cladeus mengalir ke dalam Sungai Alpheus. Bangunan ini termasuklah kuil Zeus dan Hera, Pelopion, Philippeion, dan altar besar. | UMUM | |
OLYMPIA | Olympia ialah lembah yang terletak kira-kira 18 kilometer dari Pirgos, Greece. Pada zaman purba, agama, politik, dan olahraga berpusat di Olympia. Sukan Olimpik dilangsungkan di sini setiap empat tahun sekali. Semua bangunan yang terdapat di Olympia dibina bagi tujuan pemujaan atau sukan. Bangunan keagamaan dibina berkelompok di Altis (dusun suci), yang terletak di tempat Sungai Cladeus mengalir ke dalam Sungai Alpheus. Bangunan ini termasuklah kuil Zeus dan Hera, Pelopion, Philippeion, dan altar besar. | UMUM | |
SALAP GILEAD | Salap gilead , juga dinamakan salap Makkah, ialah resin yang dihargai sejak zaman purba kerana keharumannya dan nilainya sebagai salap ubatan. Ia didapati daripada sap pokok kecil malar hijau yang terdapat di Semenanjung Arab dan Ethiopia. Ia mungkin juga salap yang disebut dalam kitab Bible (Jer. 8:22; Ezek. 27:17). Namanya juga digunakan untuk bahan aromatik yang diperoleh dari sejenis poplar balsam . Lihat juga Poplar; Resin. | UMUM | |
ARCADIA | Arcadia, salah satu bahagian di Greece pada masa kini adalah kawasan yang penting pada zaman purba. Lebih kurang 108 000 orang tinggal di kawasan yang terdiri daripada gunung dan lembah subur di Peloponnesus (semenanjung selatan Greece). Arcadia adalah satu-satunya bahagian Peloponnesus yang tidak diserang oleh orang Dorian pada tahun 1100-an S.M. Orang Arcadia mengekalkan sebahagian besar bahasa Yunani pra-Dorian. Pada tahun 500-an S.M. Arcadia menyertai Liga Peloponnesus, perikatan tentera yang terdiri daripada bandar-bandar di Peloponnesus yang diketuai oleh Sparta. Bandar- bandar Arcadia tetap setia kepada Sparta sehingga tahun 369 S.M., apabila ia menubuhkan liga pertahanannya sendiri. Tidak lama kemudian Liga Arcadia berpecah, tetapi Liga Macedonia dan kemudiannya Liga Achaean dan Aetolian melindungi Arcadia. | UMUM | |
NAGA LAUT | Naga laut ialah makhluk laut yang besar, yang mungkin makhluk khayalan. Sejak zaman purba, legenda kebanyakan bangsa telah menceritakan makhluk seperti naga laut, naga, dan unikon. Saksi telah melaporkan melihat naga laut, tetapi tiada satu pun makhluk bak ular ini dapat ditangkap atau terdampar di pantai. | UMUM | |
OCEANUS | Oceanus, dalam mitologi Yunani, merupakan sungai yang dipercayai melingkari dunia. Oceanus juga ialah nama dewa pada zaman purba yang dihubungkaitkan dengan sungai ini. Dewa Oceanus adalah daripada golongan Titan, salah satu keluarga manusia yang lahir untuk Uranus (dewa langit) dan Ge, atau Gaea (dewi bumi) sebaik- baik sahaja dunia tercipta. Oceanus ialah suami Tethys, yang juga daripada golongan Titan dan dewi laut. | UMUM | |
PTOLEMY | Ptolemy (100 M.–165 M.) ialah salah seorang ahli kaji bintang dan kaji bumi yang teragung pada zaman purba. Dia juga dikenali sebagai Claudius Ptolemaeus. Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan Ptolemy. Walau bagaimanapun, sarjana mendapati bahawa dia telah membuat kajian bintangnya di Iskandariah, Mesir, kira-kira pada tahun 150. Hasil penemuan dan teori-teori Ptolemy telah ditulis dalam 13 bahagian karya berjudul Mathematike Syntaxis , atau Mathematical Composition . Hasil tulisannya sangat disanjung sehingga dia dikenali sebagai Almagest , iaitu istilah gabungan Arab-Yunani, yang bermaksud yang agung . | UMUM | |