Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[za.pin] | زاڤين

Definisi : Ar sj lagu dan tarian yg berasal dr Tanah Arab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[za.pin] | زاڤين

Definisi : nama sj lagu dan tarian yg berasal dr tanah Arab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zapin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZAPIN

ZAPIN,  sejenis irama atau renak dalam seni muzik tradisional. Zapin juga adalah sejenis tarian rakyat orang Arab.  Sewaktu orang Arab datang ke kawasan Asia Tenggara, mereka turut membawa kebudayaan Arab termasuk seni muzik dan tarian. Tarian zapin dan rentak muzik yang diperkenalkan kepada masyarakat rantau ini masih kekal hingga kini.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
TARIAN TRADISIONAL

TARIAN TRADISIONAL, gerakan badan serta tangan dan kaki mengikut rentak muzik. Tarian tradisional mula berkembang semenjak zaman kerajaan Sriwijaya. Kesan sejarah perkembangannya terdapat di beberapa kawasan seperti kerajaan Melayu di Patani, Kelantan dan Kedah. Kemunculan beberapa tarian rakyat dan tarian istana terus berkembang semasa kegemilangan kerajaan Melayu Melaka ataupun semasa zaman kemerosotannya. Jika tarian rakyat memperlihatkan ciri-ciri bermain secara spontan, lincah dengan aksi dan gerak bebas, tarian istana pula memperlihatkan susunan gerak perlahan dan lembut dengan iringan irama yang tenang. Tarian berunsur Arab Parsi seperti zapin, hadrah dan gambus turut tersebar sebagai tarian rakyat yang popular.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas