AEROSOL | Aerosol ialah campuran zarah dan gas yang amat kecil. Zarah-zarah ini mungkin titisan cecair atau cebisan kecil bahan pepejal. Zarah-zarah ini terapung (tersebar) dalam gas. Awan dan kabus ialah aerosol yang berlaku secara semula jadi. Tin semburan deodoran dan semburan rambut mengeluarkan aerosol apabila digunakan. | UMUM | |
BARION | Salah satu daripada kumpulan zarah-zarah bagi Zarah Keunsuran. | FIZIK | Sumber/Bahan Alam |
DEBU | Debu terdiri daripada zarah-zarah kecil semua jenis jirim pepejal. Sebutir debu sebenar lebih kecil daripada 1 /1000 milimeter. Debu yang lebih kasar mungkin sebesar 5/ 1000 milimeter. | UMUM | |
KELIKIR | Kelikir ialah campuran ketul-ketul batuan dengan zarah-zarah pasir dan tanah liat. Sekurang-kurang 30 peratus daripada kelikir terdiri daripada ketul-ketul batuan yang lebih kasar, atau lebih besar daripada pasir – iaitu, lebih daripada dua milimeter lebarnya. Pasir dan tanah liat membentuk selebihnya kelikir, biasanya membentuk 50 hingga 70 peratus daripada keseluruhan jisim. | UMUM | |
ZARAH PSI | Zarah psi, juga dikenali sebagai zarah J , ialah sejenis zarah subatomik. Zarah psi terdiri daripada satu kuark dan satu antikuark. | UMUM | |
RIBUT MAGNET | Ribut magnet ialah keadaan turun naik yang kuat dalam medan magnet bumi. Ribut demikian disebabkan oleh zarah-zarah tenaga tinggi dan sinaran kuat yang dikeluarkan oleh matahari hasil daripada aktiviti suria. Keseluruhan paras aktiviti ribut magnet berbeza-beza mengikut kitaran | UMUM | |
ANTIJIRIM | Antijirim ialah jirim yang terdiri daripada zarah asas yang bertentangan dengan zarah biasa. Zarah yang bertentangan ini dinamakan antizarah . Sesuatu antizarah betul-betul sama sifatnya dengan zarah biasa kecuali casnya yang bertentangan. Contohnya, elektron ialah zarah biasa yang mempunyai cas elektrik negatif. Antizarahnya, iaitu positron, betul-betul sama dengannya kecuali positron mempunyai cas elektrik positif. Antizarah juga bergabung seperti zarah biasa. Contohnya, antineutron boleh bergabung dengan antiproton dan dengan itu membentuk antideuteron, iaitu nukleus atom antideuterium. | UMUM | |
ZUHAL | Zuhal ialah planet kedua terbesar selepas Musytari. Zuhal mempunyai tujuh lingkaran nipis yang rata di sekelilingnya. Lingkaran ini terdiri daripada lingkaran-lingkaran kecil yang mengandungi zarah-zarah ais yang bergerak mengelilingi planet tersebut. Lingkaran yang bersinar-sinar itu menjadikan Zuhal antara objek yang paling menarik dalam sistem suria. | UMUM | |
ZARAH UPSILON | Zarah upsilon ialah zarah subatom yang paling berat yang pernah diketahui. | UMUM | |
ZARAH ALFA | Zarah alfa ialah zarah tenaga tinggi, bercas positif yang dikeluarkan oleh nukleus atom radioaktif apabila ia mengalami transformasi nuklear. | UMUM | |