ZINK | Zink, unsur kimia dengan simbol Zn, ialah logam berkilat berwarna putih kebiruan. Logam ini penting dalam industri. Zink boleh dijadikan pelbagai bentuk dengan kaedah kerja logam biasa. Logam seperti besi dan keluli boleh digalvani – iaitu, disalut dengan zink – untuk mencegahnya daripada berkarat. Logam bergalvani digunakan untuk membuat talang bumbung, lapik tangki. | UMUM | |
PERAK NIKEL | Perak nikel ialah aloi kuprum, nikel dan zink. Aloi ini juga dinamakan perak Jerman kerana ia pertama kali dibuat di Hildburghausen, Jerman. Ia adalah logam berwarna kekuningan yang lebih keras daripada perak. Perak nikel mudah kusam, tetapi ia mudah digilap. Banyak barang perak yang digunakan hari ini dibuat daripada perak nikel yang disadur dengan perak sebenar. Ia kelihatan seperti perak asli apabila baru, tetapi sadurannya pudar setelah digunakan. | UMUM | |
MOUNT ISA | Mount Isa (pend. 23 348) ialah sebuah bandar di barat laut Queensland, Australia, lebih kurang 966 kilometer ke barat Townsville. Ia dihubungkan oleh sebatang jalan ke Townsville, Brisbane, Alice Springs, dan Darwin. Mount Isa ialah salah sebuah tapak lombong bawah tanah yang terkaya dan terbesar di dunia. Lapisan tembaga, perak, plumbum, dan zink didapati berdekatan antara satu sama lain tetapi dilombong dan diproses secara berasingan. | UMUM | |
SINAR KATOD | Sinar katod ialah nama sinaran tak boleh nampak yang dipancarkan dari elektrod negatif (katod) tiub Crookes (lihat Tiub Crookes). Sinar ini boleh dihasilkan dengan menyambungkan elektrod kepada sumber voltan tinggi tenaga elektrik. Sinar katod menyebabkan pendarfluor berwarna hijau kekuningan terbentuk apabila terkena salutan pada kaca tiub. Biasanya, salutan ini adalah zink sulfida. Bayang-bayang yang jelas terhasil dalam pendarfluor di hujung tiub apabila plat logam diletakkan dalam laluan sinar ini. Tiub sinar katod digunakan dalam peti televisyen, paparan radar dan banyak alat saintifik. | UMUM | |
SMITHSON, JAMES | Smithson, James (1765–1829), ialah ahli sains British yang mengasaskan Institusi Smithsonian di Amerika Syarikat. Dalam wasiatnya, dia memberi lebih 500 000 dollar Amerika kepada Amerika Syarikat untuk penubuhan sebuah institusi saintifik. Kongres Amerika Syarikat menerima pemberian ini dan, pada tahun 1846, menubuhkan Institusi Smithsonian di Washington, D.C. Smithson lahir di Perancis dan mendapat pendidikan di Oxford University. Smithson terkenal kerana penyelidikannya dalam bidang kimia dan mineralogi. Salah satu mineral yang dikajinya dikenali sebagai smithsonit (zink karbonat), dinamakan sebagai penghormatan kepadanya. Lihat juga Institusi Smithsonian. | UMUM | |
SIRI GERAK ELEKTRIK | Siri gerak elektrik, juga dinamakan siri elektrokimia atau siri aktiviti, ialah senarai logam dan hidrogen berhubung dengan kecenderungannya untuk kehilangan elektron semasa tindak balas kimia. Logam yang lebih mudah kehilangan elektron daripada hidrogen disenaraikan sebelum hidrogen dalam siri ini. Logam yang kurang mudah kehilangan elektron daripada hidrogen mengikut hidrogen dalam senarai siri yang berikut adalah tertib yang sesetengah biasanya untuk digunakan dalam siri gerak elektrik: kalium, kalsium, natrium, magnesium, aluminium, zink, besi, nikel, timah, plumbum hidrogen, tembaga, merkuri, perak, platinum, emas. | UMUM | |