Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zo.diak] | زودياک

Definisi : 1. garisan melengkung khayalan di langit yg terbahagi kpd 12 bahagian, dan tiap-tiap satunya dinamakan mengikut nama gugusan bintang dua belas, mintakulburuj; 2. gambar rajah mintakulburuj yg digunakan dlm ilmu nujum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zodiak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CAHAYA ZODIAK UMUM 
ZODIAK

Zodiak ialah jalur bintang yang kelihatan seperti

mengelilingi bumi. Ia menganjur kira-kira 8° di

kedua-dua sisi ekliptik (laluan pergerakan matahari

di keliling bumi). Bulan dan planet lain berada

dalam jalur ini sepanjang pergerakannya

mengelilingi sfera samawi.

UMUM 
TAURUS

Taurus, Lembu Jantan , ialah buruj (kumpulan

bintang) yang membentuk tanda kedua zodiak.

Dalam mitologi Yunani, Zeus mengubah dirinya

menjadi seekor lembu jantan yang putih bersih

supaya dia dapat menawan hati Europa yang

dicintainya. Lembu itu dikagumi oleh Europa lalu

ditungganginya. Zeus pun mendedahkan

identitinya dan mengahwini Europa.

Di langit, Taurus dapat dicamkan dengan

kehadiran dua gugusan bintang yang terbuka.

Gugusan bintang berbentuk V, iaitu Hyades ,

menandakan muka lembu. Pleiades, gugusan

bintang yang agung dan lebih padat, membentuk

bahu lembu itu. Bintang yang kemerah-merahan,

Aldebaran, menandakan mata kanan. Dua butir

bintang lagi, Beta dan Zeta Tauri, membentuk

hujung tanduk lembu. Taurus juga termasuk

Nebula Ketam, suatu jisim gas dan debu yang

mengembang, dan yang berpunca daripada

supernova (ledakan bintang) serta T. Tauri, bintang

yang berubah-ubah.

Lihat juga Astrologi; Supernova; Zodiak.

UMUM 
ARIES

Aries biasanya dikenali sebagai buruj pertama

dalam zodiak. Aries dilambangkan oleh seekor

biri-biri jantan. Dalam mitologi, ia merupakan biribiri

berbulu keemasan yang dicari oleh Jason dan

Argonaut.

UMUM 
AQUARIUS

Aquarius ialah buruj (kumpulan bintang)

kesebelas dalam zodiak. Ia terletak di antara Square

of Pegasus ke utara dan bintang Fomalhaut ke

selatan. Aquarius dilambangkan oleh seorang lelaki

yang membawa sebuah kendi air. Bintang yang

paling terang dalam buruj ini ialah Sadalsuud ,

Sadalmelik , dan Scheat .

UMUM 
SCORPIO

Scorpio ialah buruj (kumpulan bintang) yang boleh

dilihat di kedua-dua hemisfera Utara dan Selatan.

Scorpio ialah lambang zodiak kelapan dan salah satu

buruj paling terang di langit. Dalam mitologi, Scorpio

melambangkan serangga yang menyebabkan

kematian Orion. Buruj ini terdiri daripada suatu

barisan panjang bintang yang cerah yang

menyerupai bentuk kala jengking. Ia mempunyai

bahagian tengah berwarna merah yang ditandai oleh

bintang raksasa merah yang cerah iaitu Antares.

Sengatnya ditandai oleh bintang Lambda Scorpii,

yang juga dikenali sebagai Shaula , iaitu nama yang

berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud

“sengat”. Buruj ini mengandungi bintang lota yang

kilauannya kira-kira 200 000 kali lebih kuat daripada

matahari. Scorpion jelas terpampang pada latar

belakang Bima Sakti dan mengandungi beberapa

gugusan bintang yang menakjubkan. Ini termasuk

M4 (berhampiran Antares), iaitu objek yang dapat

dikenal pasti dengan mudah melalui teropong, dan

M6 dan M7, yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Matahari melintasi buruj ini dalam masa yang singkat

pada minggu akhir bulan November.

Lihat juga Astrologi; Astronomi; Zodiak.

UMUM 
LIBRA

Libra, Penimbang atau Neraca , ialah buruj

(gugusan bintang) ketujuh dalam zodiak. Ia terletak

di Hemisfera Selatan di antara buruj Virgo dengan

bumi Scorpio.

UMUM 
SAGITARIUS

Sagitarius (atau lambang pemanah) ialah

sekumpulan bintang yang berada di langit Hemisfera

Selatan. Ia merupakan lambang zodiak yang

kesembilan. Dalam mitologi, Sagitarius mewakili

haiwan mitologi yang dikenali sebagai sentora

(separuh manusia dan separuh kuda). Sentora

dikatakan sedang memegang busur yang ditujukan

ke jantung Scorpio, iaitu buruj (kelompok bintang)

berdekatan.

UMUM 
PISCES

Pisces (atau lambang ikan) ialah nama buruj

(kumpulan bintang) di Hemisfera Utara, dan juga

merupakan salah satu daripada 12 tanda zodiak.

Pisces disimbolkan oleh dua ikan dengan kedua-

dua ekornya diikat bersama dengan tali pintal.

UMUM 
KANSER

Kanser, ketam, ialah buruj malap yang terletak di

antara bintang Castor dengan bintang Pollux pada

satu bahagian, dan bintang Sabit Leo pada bahagian

yang satu lagi. Ia lambang keempat zodiak.

UMUM 
12

Kembali ke atas