ZOOLOGI | Zoologi ialah kajian tentang haiwan. Ahli zoologi cuba menjawab banyak pertanyaan tentang haiwan. Misalnya, mereka membuat penyelidikan untuk menentukan bagaimana haiwan melakukan kegiatan dalam kehidupannya. Ahli zoologi juga mengkaji bagaimana spesies yang berlainan berkaitan dengan satu sama lain dan bagaimana spesies berevolusi (berubah dalam tempoh yang lama). | UMUM | |
ETOLOGI | Etologi ialah cabang zoologi yang berkaitan dengan naluri haiwan. | UMUM | |
ENTOMOLOGI | Entomologi ialah cabang utama bidang zoologi yang berkaitan dengan pengkajian tentang serangga. | UMUM | |
TINBERGEN, NIKOLAAS | Tinbergen, Nikolaas (1907–1988) ialah ahli zoologi kelahiran Belanda yang telah mengkaji bagaimana tabiat haiwan disesuaikan mengikut keadaan persekitaran mereka. Dia juga mengkaji evolusi tabiat ini untuk jangka masa berjuta-juta tahun dengan membandingkan tindak-tanduk beberapa spesies haiwan yang berlainan. | UMUM | |
SWAMMERDAM, JAN | Swammerdam, Jan (1637–1680) ialah pakar anatomi dan zoologi Belanda. Dia merupakan perintis bidang ilmu anatomi binatang kecil, terutama anatomi serangga. Pemerhatiannya yang teliti tentang cara kehidupan lebah dan maifli merupakan hasil kerja yang klasik. Malahan usahanya mengklasifikasikan serangga menjadi asas pengkajian ilmu entomologi iaitu ilmu kajian serangga. Selain itu, dia adalah antara orang yang mula-mula membuat pemerhatian tentang fisiologi saraf dan otot. | UMUM | |
RAY, JOHN | Ray, John (1627–1705), ahli alamiah Inggeris, yang dianggap sebagai pengasas zoologi sistematik. | UMUM | |
PAKIDERMA | Pakiderma adalah satu daripada pakidermata, iaitu klasifikasi zoologi yang tidak digunakan lagi. | UMUM | |
NANSEN, FRIDTJOF | Nansen, Fridtjof (1861–1930) ialah penjelajah kutub Norway yang mashyur. Dia juga seorang ahli kemanusiaan, negarawan, zoologi marin dan perintis ilmu alam lautan. | UMUM | |
MERPATI PERANTAU | Merpati perantau ialah burung yang telah pupus yang dahulunya banyak terdapat di timur Amerika Utara. Merpati perantau yang terakhir diketahui mati pada tahun 1914 di Taman Zoologi Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat. Bangkainya kini dipamerkan di National Museum of Natural History (Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Kebangsaan) di Washington, D.C. | UMUM | |
AGASSIZ, LOUIS | Agassiz, Louis (1807–1873) ialah pengkaji alam kelahiran Switzerland yang mengkaji berjenis-jenis haiwan di Eropah dan Amerika. Dia menjadi terkenal kerana karyanya tentang bentuk ikan moden dan bentuk fosil. Dia percaya bahawa spesies haiwan tidak berubah, dan mengkritik teori evolusi Darwin. Jean Louis Rodolphe Agassiz lahir di Motieren- Vuly, Switzerland. Louis, Agassiz belajar di Zurich, Heidelberg, dan Munich. Agassiz pindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1846 dan menjadi profesor zoologi dan geologi di Harvard University pada tahun 1848 (lihat Geologi). | UMUM | |