Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mempunyai bahasa, memakai (menggunakan) bahasa, bercakap dlm sesuatu bahasa: orang Kemboja ~ Khmer; kemampuan ~ seorang penutur; 2. mempunyai budi bahasa yg baik, berbudi bahasa: ia seorang yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 menggunakan bahasa: Orang Melayu ~ Melayu. 2 mempunyai budi bahasa yg baik; bersopan santun: Orang berbudi kita ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbahasa


Pantun

PantunSumberTema
Padi perak berdaun suasa, Buahnya mengurai emas merah; Sudah berbudi lagi berbahasa, Itulah tanda bistari bertuah.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Berkudi-kudi emas suasa, Senang si kaya rakyat jelata; Orang berbudi kita berbahasa, Mengenang jasa budaya kita.Pantun Melayu SarawakNasihat
Hendak ke bukit Pulau Markosa, Pulau rebutan Tanah Semenanjung, Kalau hidup tidak berbahasa, Serupa katak di bawah tempurung.Pantun Melayu SarawakNasihat
Adat memberi pantang mengeji, Adat meminta pantang memaksa; Adat berbudi pantang mendengki, Adat berbahasa pantang mengata.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sri Aman ke Kuala Baram, Singgah sebentar di Pekan Marudi; Hidup aman lagi tenteram, Jika hidup berbahasa berbudi.Pantun Melayu SarawakNasihat

Kembali ke atas