Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak dalam (bkn perigi, sungai, dll), cetek, tohor: sungai yg ~; 2. tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yg mendalam (tentang sesuatu), tidak luas atau tidak dalam (bkn pengetahuan sese­orang), cetek: saya tidak berani mengatakan yg dia ~ dlm hal tersebut; pemikiran yg ~; pengetahuan yg ~ tentang politik; mendangkalkan 1. menjadikan dangkal (tidak dalam), mencetekkan; 2. memandang (menganggap) dangkal; kedangkalan perihal dangkal: memang ter­nyata ~ pemikiran itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jk 1. keras mengkal (dan busuk di dlm, bkn buah-buahan); 2. tidak subur (bkn tanah), kering (tidak berair), usang; 3. ki keras hati, kurang sopan; 4. ki alang kepalang, terbengkalai (bkn pekerjaan dll); dangkalan; sial ~ sial sekali, sangat sial. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak dalam; cetek; tohor: Perigi itu ~ saja. 2 belum mendalam benar (bkn pengetahuan dll): Pengetahuannya ttg ilmu kemasyarakatan amat ~. mendangkalkan membuat (menjadikan) dangkal; mencetekkan. kedangkalan keadaan dangkal; kecetekan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dangkal

Peribahasa

Dalam sudah keajukan,
     dangkal sudah keseberangan.

Bermaksud :

Telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang. ajuk = duga.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Air dangkal ikannya jinak, Ditangkap orang setiap hari; Hati mengkal dada pun kemak, Mengharap abang datang ke mari.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jangan tutuh keriang dangkal, Anak kucing lari balik; Kalau tuduh jangan menyangkal, Cincin di jari pulang balik.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Apabila di hulu airnya dangkal, Ke hilir pula awak berhenti; Apabila selalu berhati mengkal, Akhirnya kerja tidak menjadi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Banyak-banyak membuat jermal, Jermal dibuat di tempat dangkal; Banyak-banyak membuat amal, Amal ibadat menjadi bekal.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pulau Rupat teluk berliku, Orang menjala di air dangkal; Risau umat menengok penghulu, Orang nikah dia yang gatal.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas