Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kabus tebal; 2. kabur, kelam, tidak nyata; kelam-~ = kalang-~ a) gelap, tidak nyata; b) kacau-bilau, tidak keruan; jangan disesar gunung berlari, hilang ~ tampaklah dia prb tidak usah tergesa-gesa menger­jakan sesuatu pekerjaan yg telah pasti jadi; terang ~, teduh hujan prb merasa kesenangan selepas menderita; berkabut 1. dilindungi (dikelubungi) kabut, tidak jelas (nyata dll), agak gelap; 2. ki sedih, suram; kekabutan keadaan kabut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ark mengabutkan mengebaskan (pakaian dll); ®kebut II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 wap air spt asap yg lebih tebal drpd kabus. 2 tidak terang; kabur; kelam. kelam-~, = kalang-~ a. gelap; tidak terang. b. kacau-bilau; huru-hara. berkabut 1 dilindungi atau ditutupi kabut; tidak terang; agak gelap. 2 ki sedih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kabut

Puisi
 

Tiga belas dayung kupaut,
     Hendak berdayung tanah seberang;
Hati di dalam kelam kabut,
     Tidak kulupa kepada abang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Takkan lari gunung dikejar,
     hilang kabut tampaklah dia.

Bermaksud :

Sesuatu yang sudah pasti.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Kabut pagi menutupi awan, Hari cerah menjadi redup; Kuikut janji menanti tuan, Hati resah jantung berdegup.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kelam-kabut Kuala Usai, Hujan tidak berhenti lagi; Angin ribut gelombang usai, Baik belayar lawan tepi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Waktu pagi kabut pun reda, Hendak bersampan laut berombak; Mahu berhenti takut ke janda, Hendak berjalan lututlah bengkak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Mengapa hari tak mahu terang, Kabut tebal setiap pagi; Mengapa laki tak mahu pulang, Takut disambal oleh bini.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tiga belas dayung kupaut, Hendak berdayung tanah seberang; Hati di dalam kelam kabut, Tidak kulupa kepada abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas