Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. keharusan (yg tidak dapat dielakkan), kemestian: sembahyang dan puasa antara perkara yg menjadi ~ bagi orang Islam; 2. menjadi kemestian (utk mendapat sesuatu dll), harus, terpaksa: tiap-tiap borang permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon; penanam getah ~ menunggu antara lima hingga tujuh tahun utk mendapat hasilnya; tidak ~ tidak mesti, tidak payah, tak usah; 3. harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting: kerjasama petani-petani adalah ~ utk menjayakan rancangan tersebut; sebelum dibeli sesuatu barang baiklah kita fikirkan sudah ~kah barang itu kpd kita; 4. = ~ akan (dgn) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan): utk melaksanakan rancangan ini kita ~ bantuan wang dan sokongan; 5. sesuatu yg dikehendaki (dipentingkan), hajat, kepen­tingan: ada ~ apa saya dikehendaki datang ke pejabatnya?; apa ~nya apa gunanya (sebabnya); 6. = ~ utk untuk, bagi, buat, guna: ia pergi ke sana ~ mengambil pakaiannya; seperlunya sekadar (setakat) yg perlu sahaja, jika perlu sahaja: ia sedia memberi bantuan ~; memerlukan 1. menjadikan perlu, memesti­kan, mewajibkan: ibu bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka; 2. meng­hendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar: negara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera; 3. membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu drpd perkara (kerja) lain; perlu-memerlukan saling memerlukan: mereka hidup dlm masyarakat yg ~ antara seorang dgn yg lain; keperluan 1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak boleh tidak; mesti; wajib: Sembahyang lima waktu sehari semalam itu ~ bagi tiap-tiap orang Islam. Tiap-tiap permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon. 2 mesti ada; berguna; mustahak; penting: Mana-mana barang yg tidak ~ tak usahlah dibawa. 3 sesuatu yg dikehendaki; hajat; guna: Apa ~nya saya pergi bersama? memerlukan 1 menjadikan perlu; mewajibkan; memestikan: Kita tidak boleh ~ apa-apa yg sunat. Ada orang yg lebih ~ pakaian drpd makanan. 2 menghendaki atau menghajati benar-benar: Negara kita masih ~ sejumlah besar doktor dan jurutera. keperluan apa-apa yg diperlukan; apa-apa yg berguna atau yg penting: Jika ada ~ apa-apa, mintalah drpd kakakmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,

Peribahasa

Membesarkan kerak nasi.

Bermaksud :

Menambah-nambah yang tidak perlu; membuat pekerjaan yang membazir.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Pantun

PantunSumberTema
Yang bermulut tentu berbunyi, Yang bermata tentu memandang; Orang pencarut perlu dijauhi, Orang pendusta perlu dibuang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Yang bersampan tentu berdayung, Yang berbiduk tentu bergalah; Orang beriman perlu disanjung, Orang perajuk perlu disergah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Selama dapat tali berenda, Tidak perlu ke pasar lagi; Selama mendapat bini janda, Tidak perlu belajar lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Walaupun kain baru direndam, Kerana perlu dipakai juga; Walaupun kahwin baru semalam, Kerana malu bercerai juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Walaupun hari berarak petang, Kerana perlu ke ladang juga: Walaupun hati mabuk kepayang. Kerana malu membelakang juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Walau hari sudah petang, Kerana perlu pergi juga; Walau kaki sudah pincang, Direngek laki bangun juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau kutahu selasih dulang, Tentu tak perlu mencari-cari; Kalau kutahu kekasih orang, Tentu tak mahu menggoda lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Yang berkayuh dahulu sampai, Yang bergalah tiba kemudian; Orang bergaduh perlu dilerai, Orang mengalah kite muliakan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak kuda baru kan lahir, Sudah dibawa berjalan jauh; Sejak muda perlu berfikir, Supaya tua kelakuan senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila hari mendung selalu, Tentulah basah kain dibasuh; Apabila hati menanggung rindu, Perlu dibawa berjalan jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas