Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok spt pokok ramĀ­butan), arang para, gerat, merat, mutan reba, rambutan kafri, Nephelium mutabile; ~ hutan a) sj tumbuhan (pokok tinggi yg buahnya manis), buah nangka pipit, kelempayan, mempayan, mengkal, tumbung dayung, Nauclea maingayi; b) sj tumbuhan (pokok), bengkel, empayan, kelampi, kelempayan, mempayan, mengkal, timbung dayung, Anthocephalus cadamba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. yg sudah dipulas (diwarnai); 2. = berpulasan ki nampaknya saja baik, tidak asli (tulen), palsu; 3. ark tayar yg dipulas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok atau buahnya (pokoknya spt pokok rambutan), Nephelium mutabile. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Adakah anda bermaksud : pulasan

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pulasan

Puisi
 

Asam pauh asam pulasan,
     Anak gembala bertarik tali;
Adik jauh kami berpesan,
     Jangan lama tidak ke mari.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Masak asam pulasan, Lauk ikan sembilang; Ubat tidak berkesan, Mata berbintang-bintang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Buah manggis buah pulasan, Asam jawa buah kedondong; Menangis sayang mendengar pesan, Kecewa sayang dada kosong.Pantun Melayu SarawakNasihat
Asam pauh asam pulasan, Ketika bambangan balu; Meskipun jauh berkirim pesan, Pesan jangan dibuang lalu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Asam pauh asam pulasan, Anak gembala bertarik tali; Adik jauh kami berpesan, Jangan lama tidak ke mari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pergi ke hulu ambil pulasan, Burung merbuk jual di pekan; Dari dahulu sudah dipesan, Orang mabuk dikawan jangan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Ikan air tawar, Masak asam pulasan; Sibuk cari penawar, Ubat tidak berkesan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kaju-kaju sembilan panjang, Pulas-pulasan si daun kayu; Tujuh tahun sembilan bulan, Ingat-ingatan datanglah selalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Soldadu bercampur dengan lokan, Rambutan bercampur dengan pulasan; Kera lotong tak lalu makan, Tupai membawa diri di dahan.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kalau tuan pergi ke bukit, Carikan saya buah pulasan; Mata memandang apa nak sakit, Bahu yang memikul timpa perasan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas