Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berasa sangat tersinggung dan marah (kerana dihina dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berasa marah kerana dihina dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Puisi
 

Naik bukit membakar arang,
     Habis padi dimakan rusa;
Sakit hati dikata orang,
     Walau sekali kuambil juga.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Berat beban yang sedikit dek hati sakit.

Bermaksud :

Kerja yang dipaksa biar berapa ringan sekalipun akan terasa berat juga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Naik bukit pergi seberang, Padi muda dilurut kera; Sakit hati dikata orang, Tak boleh pagi petang kuambil juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Naik bukit membakar arang, Habis padi dimakan rusa; Sakit hati dikata orang, Walau sekali kuambil juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Desa pergi ke laut, Hendak mencari ikan parang; Sakit hati rasa nak ikut, Takut kena tunang orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukit tinggi didaki orang, Tiba di puncak badan pun letih; Sakit hati bukan sebarang, Cinta ditolak pupuslah kasih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ambil badan kerat-kerat, Mari letak haluan perahu; Sakit badan haluan diubat, Sakit hati siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang Padang berukir-ukir, Membuat ukiran di kayu jati; Terpandang tuan sedang berfikir, Saya merasa sakit hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Burung tekukur terbang ke laut, Mari hinggap pokok jati; Orang bercakap sedap mulut, Kita mendengar sakit hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sakit kaki jangan direndam, Bila direndam pastilah kambuh; Sakit hati jangan dipendam, Bila dipendam kasih menjauh. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sakit kaki jangan diurut, Bila diurut bertambah bengkak; Sakit hati jangan diturut, Bila diturut kita berlantak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sakit kaki kerana terbakar, Dibawa tegak jatuh terkulai; Sakit hati dibawa bersabar, Bila tidak kasih bercerai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas