Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata -en

Puisi
 

Hujan panas berderai-derai,
     Derai mula dari hulu;
Di sini kita bercerai,
     Di akhirat kita bertemu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seperti badak terentak.

Bermaksud :

Orang tambun dan hodoh.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

646

Words have wings, and cannot be recalled

Fikir dahulu sebelum bercakap kerana kata yang terlepas dari mulut tidak boleh ditarik balik.

Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik.

I regretted launching such a hurtful remark, but words have wings, and cannot be recalled . I faced the consequences when I was suspended from work.

Saya menyesal kerana menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, tetapi terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. Saya menghadapi padahnya apabila saya digantung kerja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(647)

Pantun

PantunSumberTema
Hujan reda ribut berdengung, Tanam pinang di kaki tangga; Jangan dinda duduk termenung, Sapu tangan mengganti kanda.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hujan panas ribut berdengung, Orang menjemur di tunggul mati; Kasih sayang duduk termenung, Apa masyghul dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hujan panas pagi hari, Ayam putih masuk reban; Hilang emas boleh dicari, Hilang kekasih guna teraban.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hujan panas embun berderai, Patah kemudi haluan perahu; Hajat hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hujan panas di bulan puasa, Bunga kenanga kembang di taman; Tilam emas bantal suasa, Manakan sama berbantal lengan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hujan panas berderai-derai, Derai mula dari hulu; Di sini kita bercerai, Di akhirat kita bertemu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hujan menderu di tengah hari, Orang Cina berpayung kain; Adik rindu setiap hari, Rupanya abang mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hujan mari pebadik tumbuh, Tidak mencabut selasih dulang; Kalau tidak berani sungguh, Jangan merebut kekasih orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hujan lebat sepagi hari, Kerana persandingan pengantin muda; Biarlah abang membawa diri, Kerana adinda sudah berada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hujan lebat perigi penuh, Kapal besar dari muara; Kalau tak dapat si buntar penuh, Biar kumati berbuang nyawa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas