| Salam-salam wa alaikum salam, Sirih dilipat dengan di dalam; Apa jua khabar bunga di kolam, Pucuk menelek akar di dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Kuih dalam talam, Talam dari Yunan; Kami menyambut salam, Salam ikatan berzaman. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Assalamualaikum salam, Kayu birah dimakan api; Siapa lalu semalam, Baju merah gelang di kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Assalamualaikumlah salam, Sirih lipat pinang di dalam; Apa khabar bunga di kolam, Ada sekuntum kembang malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kak Sal berkirim salam, Kepada anak yatim piatu; Kalau sesat di hujung malam, Subuh sedia membuka pintu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Orang Bugis memberi salam, Pak Utih menyambut girang; Menangis siang menangis malam, Sirih tidak pulang ke gagang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Dikirim dengan penerbangan Merpati, Kirim salam kirim jampi; Ke mana pergi putera sejati, Tinggalkan adik termimpi-mimpi. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Apabila hendak masuk rumah, Berilah salam di muka pintu; Apabila awak duduk berjemaah, Hati di dalam pelihara dulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Mudik ke hulu Sungai Pak Jeli, Membawa salam dari kami; Cik adik pandai berjual beli, Jimat belanja teguh ekonomi. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
| Makan jangan kenyang, Lapar jangan kebulur; Bukan tidak sayang, Salam tidak dihulur. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |