| Bagaimana badak takkan menangis, Dipijak lembu berpuluh kali; Bagaimana awak takkan menangis, Awak bisu disuruh menyanyi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Sudah penuh muatan kandang, Induk ayam banyak menetas; Sudah berpuluh surat melayang, Sepucuk haram tidak berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Payah sungguh bermain silat, Kerana guru terlalu keras; Sudah berpuluh kukirim surat, Tiada satu yang adik balas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Kebun kecil pokok berjenis, Pagar dengan buluh berdaun; Kecil-kecil kayu tempinis, Terasnya tahan berpuluh tahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Bagaimana ikan tidakkan mabuk, Laut dituba semenjak subuh; Bagaimana badan tidakkan teruk, Hidup susah anak berpuluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |