Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suku bangsa yg berasal dr Sulawesi Selatan, Indonesia, yg terkenal sbg pelaut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bugis

Puisi
 

Kain Bugis kain Palembang,
     Pakai anak Raja Semarang;
Mas merah asalnya kurang,
     Emas bersepuh di kayu arang.


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

PantunSumberTema
Orang Bugis memberi salam, Pak Utih menyambut girang; Menangis siang menangis malam, Sirih tidak pulang ke gagang.Pantun Melayu SarawakKasih
Perahu Bugis bermuatan lada, Terlanda pukat berhenti dulu; Dituju gadis yang dapat janda, Janda dapat dijadikan guru.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kapal Bugis sudah datang, Sembah barang kepada raja; Sudah lama abang berdagang, Sampai masa nak balik juga.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kain Bugis kain Palembang, Pakai anak Raja Semarang; Mas merah asalnya kurang, Emas bersepuh di kayu arang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kain Bugis punca di tengah, Dibawa orang jual ke hulu; Sedang berkasih datang fitnah, Baik kita berhenti dahulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam Bugis menyabung tali, Mari berlaga Alor Kesinai; Adik putih cuba lalu lagi, Berpaling tengok abang nak kenai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cincin intan buatan Bugis, Kilau-kilau nampak warnanya; Musim durian buah pun habis, Manggis menumpang apa tandanya?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kapal dagang kapal Bugis, Kapal hendak ke negeri China; Dulu tak cukup sekarang tak habis, Adik ini nak buang ke mana?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Singapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan perahu sebarang perahu, Perahu Bugis membawa tiram; Bukan rindu sebarang rindu, Nyawa habis barulah padam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas