Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung, perling, pialin, puling, serindit gajah, tanau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj burung, Psittinus cyanurus cyanurus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Burung nuri

Puisi
 

Burung nuri terbang melayang,
     Hinggap mari di celah dahan;
Walau nasi sudah terhidang,
     Tidak disuap masakan makan.


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

PantunSumberTema
Burung nuri burung tiung, Mari hinggap di muka pintu; Putus benang dapat disambung, Putus hati siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung nuri terbang tinggi, Angin bertiup sebelah barat; Mari kita pergi mengaji, Bekalan hidup dunia akhirat.Pantun Melayu SarawakAgama
Burung nuri terbang melayang, Hinggap mari di celah dahan; Walau nasi sudah terhidang, Tidak disuap masakan makan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Burung nuri terbang di awan, Hinggap mari di kayu jati; Hatinya rindu kepada kawan, Rinduku jua separuh mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung nuri hinggap di dahan, Melihat undan di pokok cendana; Pilu hati tidak tertahan, Melihat tuan duduk merana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung nuri ekornya panjang, Hinggap mari rumah Cik Ali; Sudah lama hidup membujang, Hajat hendak beristeri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung nuri si burung tiung, Turun makan di tepi pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Tinggi-tinggi Gunung Siantan, Burung nuri ditambat tali; Kalau cik adik hendak jantan, Pakai bedak tujuh jari.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Memasang jerat sudah lama, Dapat seekor burung nuri; Saya pergi tiada lama, Pandai-pandai menjaga diri.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Buluh ditutuh dibuat sangkar, Hendak menyangkar burung nuri; Langit runtuh bumi terbakar, Ke mana awak melari diri?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas