Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : nama negara (benua); Tiongkok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata China

Puisi
 

Anak Cina pulang ke China,
     Sampai ke China menjual ragi;
Engkau punya aku pun punya,
     Sama sekerat kita berbahagi.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Kuman di seberang lautan tampak,
     gajah di pelupuk mata tiada tampak.

Bermaksud :

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Anak Cina pulang ke China, Hendak ke China memakan babi; Tuan punya saya pun punya, Sekeras-keras masih di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Angsa terbang ke negeri China, Hinggap sebentar di pangkal jalan; Kurang bangsa diri pun hina, Jika tersampai menyesal jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana hendak pasang gaslin, Cerah sampai negeri China; Bagaimana kita hendak kahwin, Abang sudah ada yang punya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna mengarang bunga, Kalau tidak selah-jemelah; Kalau kering Lautan China, Barulah cinta adik berubah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas