Bunga Cina lah Cina, jambangan Cina, Layu dibungkus kertas, dalam kertas; Sajak rupa tak bena, saya tak bena, Dalam hati tak lepas, haram tak lepas. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Bunga Cina tanaman Cina, Mari dipakai tuan puteri; Kerja kita akan sempurna, Bila sampai masa dijanji. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sirih cina jambangan cina, Lalu dibungkus di dalam kertas; Saja rupa adik tak bena, Di dalam hati haram tak lepas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sigup cina tembakau cina, Asapnya mari berbunga-bunga; Pandang muka tidak berina, Sudah kutahu orang yang punya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga cina tanaman Cina, Mari bungkus di atas kertas; Lihat saya bena tak bena, Tak usah harap katakan lepas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga cina tanaman Cina, Ambil sekuntum bungkus kertas; Pandang tuan bena tak bena, Di dalam hati haram tak lepas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga cina permainan Cina, Mari dibungkus dengan kertas; Kalau saya bena tak bena, Hati di dalam haram tak lepas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Hati saya sudah merana, Di dalam hati mana nak lepas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Saja rupa bena tak bena, Di dalam hati haramtak lepas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Ayuhai tuan tumpang bertanya, Di dalam hati tidak lepas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |