Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Dusun

Puisi
 

Api-api tembaga dusun,
     Anak Perlin bergelang kaca;
Bukan mati kerana racun,
     Mati terjelir si ekor mata.


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

PantunSumberTema
Api-api dusun, tembaga dusun, Anak Keling kaca, bergelang kaca; Bukan mati racun, kerana racun, Mati terhelin mata, si ekor mata.Pantun Melayu SarawakBergendang
Pergi ke dusun berhari-harian, Tanah baru hendak dibuka; Macam timun dengan durian, Menggelek luka digelek pun luka.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Api-api tembaga dusun, Anak Perlin bergelang kaca; Bukan mati kerana racun, Mati terjelir si ekor mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Api-api berpagar dusun, Anak Keling bergelang suasa; Bukan mati kerana racun, Mati kerana tidak kenal biasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah kecapi di tepi dusun, Batangnya layu dijilat api; Sudah kunanti berbilang tahun, Abang tak datang menjenguk kami.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana orang takkan beramuk, Dusun dan desa di rosak musuh; Bagaimana abang takkan merajuk, Bertahun ku puja adik tak acuh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak harimau di dalam dusun, Rusa tersepit di celah pandan; Cari bomoh serta dukun, Bertambah bisa penyakit di badan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kacang kelisa tumbuh di dusun, Tumbuh sepohon di tiang layang; Kami menyambut bersusun-susun, Kerana meraikan pengantin datang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Terkelip-kelip api di dusun, Anak Cina bergelang kaca; Bukan mati kerana racun, Mati terpanah di ekor mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kelip-kelip pergi ke dusun, Anak keling bergelang kaca; Kalau tak mati kerana racun, Yang manis kuambil juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas