Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ing.ge.ris] | ايڠݢريس

Definisi : rakyat negara England khususnya dan (kadangkala) Great Britain umumnya (biasanya dimaksudkan mereka yg berkulit putih); bahasa ~ bahasa sebagaimana yg dipertuturkan oleh orang Inggeris; lagu ~ lagu yg seni katanya dlm bahasa Inggeris; menginggeriskan 1. menterjemahkan sesuatu (ayat, ujaran) ke dlm bahasa Inggeris; 2. menjadikan sesuatu keinggerisan; keinggerisan terlalu terpengaruh oleh (terikut-ikut, bersifat, dsb) Inggeris atau cara Inggeris: bukan stail yg menunjukkan ketegasan fikiran melainkan betapa ~ cara kita berfikir; penggunaan kata-kata yg tidak tepat, stail yg ~, dan ayat-ayat yg tidak lengkap; penginggerisan perbuatan menginggeriskan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Inggeris

Puisi
 

Berapa dalam lubuk Inggeris,
     Saya berani menebar jala;
Berapa tajam mata keris,
     Saya berani membuang jiwa.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

646

Words have wings, and cannot be recalled

Fikir dahulu sebelum bercakap kerana kata yang terlepas dari mulut tidak boleh ditarik balik.

Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik.

I regretted launching such a hurtful remark, but words have wings, and cannot be recalled . I faced the consequences when I was suspended from work.

Saya menyesal kerana menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, tetapi terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. Saya menghadapi padahnya apabila saya digantung kerja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(647)

Pantun

PantunSumberTema
Kapal Inggeris kapten Jerman, Teluk meneluk di Negeri Jawa; Putih kuning merubah iman, Hitam manis merubah nyawa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam mata keris, Saya berani membuang jiwa.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Berapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam pisau dan keris, Saya berani menegak dada.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Berapa dalam Laut Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa dalam tikaman keris, Saya berani menahan dada.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Berapa dalam laut Inggeris, Dalam lagi laut Belanda; Berapa tajam hujung keris, Tidak takut menahan dada.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Sangat dalam laut Inggeris, Biar aku menebar jala; Berapa tajam hujung keris, Kerana cinta kutahan dada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berapa dalam lubuk Inggeris, Lebih dalam lubuk India; Berapa tajam sidak keris, Terlebih tajam tergesel mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pedang sakti dari Yunan, Orang Inggeris suka berperang; Pandang ke kiri pandang ke kanan, Menangis teringat masa terbuang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Laju ajung terkikis-kikis, Si ambang-ambang si bunga kayu; Nombor satu mister Inggeris, Nombor dua cikgu Melayu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pohon tumbang dilanggar gajah, Ambil daun dibuat pais; Bertahun-tahun Sarawak dijajah, Dijajah Jepun dijajah Inggeris.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa

Kembali ke atas