Rumah kecil bertangga lima, Pakai menyalai ikan khasi; Pandang kecil tumpang bertanya, Berapa harga intan di sini? | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Rumah ini asam kelubi, Jatuh ke laut timbul tenggelam; Inilah rasa mengenang budi, Rumahku jauh hari pun malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Rumah buruk serambi tak baik, Serai seulas di dalam dulang; Rupa buruk budi pun tak baik, Apa guna kepada orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Rumah patung Kuala Linggi, Pohon sena di tepi air; Sudah terlangsung saya ke mari, Bagai minyak bercampur air. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Rumah buruk pintu sembilan, Nanti roboh tidakkan roboh; Laksana pungguk rindukan bulan, Nanti jatuh tidakkan jatuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Rumah baru sudahlah siap, Tapi dapurnya amat sempit; Kuat burung kerana sayap, Kuat ketam kerana sepit. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Rumah tepi padang, Boleh tidak menggantung kelambu; Dari sana sudahlah dagang, Pada siapa saya nak mengadu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Rumah besar sasak tidak, Apa sasak daun buluh; Tuan bujang berbini tidak, Apa cacat dalam tubuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Rumah besar berpadi tidak, Kalau berakit berakit buluh; Adik besar berlaki tidak, Taruh penyakit di dalam tubuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Rumah besar berdinding tidak, Mari didinding dengan pelupuh; Badan besar berbini tidak, Apa jadah di dalam tubuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |