Titi jalan mati, Titi Bandar Miri; Syaitan puas hati, Musnah anak negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Angsa terbang ke negeri China, Hinggap sebentar di pangkal jalan; Kurang bangsa diri pun hina, Jika tersampai menyesal jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Di jalan raya berjual ragi, Begitu juga keropok tenggiri; Budaya kita dijulang tinggi, Itulah wajah anak Negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Batang jati bertimbal jalan, Rapat tumbuhnya kanan dan kiri; Abang seperti cahaya bulan, Dapat menjadi suluh negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pucuk kemiri dimakan ulat, Layulah tangkai dahan pun patah; Buruk negeri lupakan adat, IImu dipakai di jalan yang salah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |