Hari Jumaat ikut mengaji, Sehari dapat dua kali khatam; Nabi Muhammad patut dipuji, Memberi rahmat seluruh alam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Hari Jumaat mengali halia, Hari hujan menyuluh ketam; Nabi Muhammad Nabi mulia, Jadi ikutan seluruh alam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Petang Jumaat memukul beduk, Sesudah itu orang pun qamat; Peganglah amanat elok-elok, Supaya badan jadi selamat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Beduk berbunyi petang Jumaat, Menyeru orang pergi sembahyang; Duduk menanti abanglah penat, Mahu berjalan hatiku bimbang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau duduk sembahyang Jumaat, Ingat berdiri sebelum sembahyang; Kalau hidup memegang amanat, Adat diisi lembaga dituang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pukul gendang petang Jumaat, Pukul sekali mengada-ada; Eloklah kamii disebut jahat, Disebut baik tidak kan ada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Malam ini malam Jumaat, Pasang lilin depan pintu; Kalaulah kita umat Muhammad, Kena sembahyang lima waktu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Hendak jumpa Nabi Muhammad, Hendak menghadap Tuhan yang satu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Hari ini hari Jumaat, Besok hari Sabtu; Jika nak kenal Nabi Muhammad, Pergilah sembahyang lima waktu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Petang ini petang Jumaat, Anak kuda mandi terjun; Bukan tak tahu kumbang bersengat, Baik jaga bunga di kebun. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |