| Kampung Bandarsah baru, Kampung baru, Ketiga dengan Mataim, Kampung Mataim, Biar basah baju, kain dan baju, Kami tidak lain, mencari lain. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
| Anak kerbau mati lemas, Bangkai tersangkut di Kampung Baru; Cina Bau mendulang emas, Lombong emas di Tasik Biru. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Intan terpilih tercabut sarung, Disambarlah oleh dewa alperi; Puas kupilih di dalam kampung, Baru mendapat si jantung hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Buat ketupat sebakul baru, Pergi jala di kampung Siam; Abang dapat sahabatlah baru, Sahabat lama tinggallah buang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Hendak pergi ke Kampung Seberang, Hendak membeli ikan bertutu; Gigi baru tumbuh sebatang, Hendak makan jambu batu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Kampung Tupung Seman, Panglima Seman, Tempat berlabuh dagang, perahu dagang; Peluk tubuh demam, rasa nak demam, Baru tahu seorang, badan seorang. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
| Gali cacing di Kampung Cina, Pergi mengail keruh airnya; Timbang dacing kena sukatnya, Baru berniaga boleh lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
| Orang berpantun di Kampung Hulu, Sambil mencabut ulam bermi; Tujuh tahun musim berlalu, Baru tersedar rumput di bumi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Cik Saad membeli pinang, Pinang dibeli Kampung Sena; Puan ingat saya kenang, Baru boleh kawan lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Bukan jagung sebaranglah jagung, Kacang melilit di batang aru; Bukannya datang sebarang kampung, Datang menghibur hati yang baru. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |