Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj tumbuhan (herba yg ubinya boleh digoreng atau digulai), talas; ~ babi = ~ cina = ~ telur = ~ udang = birah ~ sj keladi, Colocasia antiquorum; ~ cali = ~ cantik = ~ hitam = ~ rimau = ~ ular sj keladi, birah hitam, birah kijang, Alocasia denudata; ~ sebaring sj keladi birah, Alocasia indica; 2. sj tumbuhan (herba yg banyak macamnya); ~ air sj tumbuhan (herba), kelipuk padang, Sagittaria guayanensis; ~ bukit sj tumbuhan (herba), mata bisul, mata udang, selimpat air, senjuang hutan, Aglaonema pictum; ~ bunting sj tumbuhan dlm air, bunga jamban, kemeling telur, Eichhornia crassipes; ~ moyang sj tumbuhan (herba), kelemoyang, Homalomena spp.; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), birah kecil, Typhonium spp.; akar ~ tanah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar iang-iang rimba, Vitis gracilis; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput bukit, rumput kurau, rumput tahi kerbau, Fimbristylis miliacea; air di daun ~ = daun ~ dimandikan prb sukar ditunjuk ajar atau dinasihati; spt birah dgn ~ prb hampir sama sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : beberapa jenis herba yg ubinya dpt digoreng, digulai dsb, Colocasia spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Keladi

Puisi
 

Pokok keladi di tepi paya,
     Bunga teratai kembang bertaut;
Kalau berbudi pada yang kaya,
     Sama mencurah garam ke laut.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Daun keladi dimandikan.

Bermaksud :

Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu, c. Kalis bagai air di daun keladi).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pantun

PantunSumberTema
Baik-baik nak makan keladi, Keladi itu ada miangnya; Baik-baik nak termakan budi, Budi itu ada hutangnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Petang hari tanam keladi, Daun keladi balik-balik; Hamba pergi bawa diri, Tinggallah duduk berbaik-baik.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kalau keladi sudah ditanam, Jangan lagi meminta talas; Kalau budi sudah ditanam, Jangan sekali meminta balas.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tanam keladi di tengah ladang, Supaya lalang tidak menjadi; Di dalam hati sudah kutunang, Adinda seorang tambatan hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tanam keladi di tepi paya, Umbinya sedap dibuat sayur; Di dalam hati kami percaya, Janji diikat sampai ke kubur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayang keladi rasanya gatal, Hingga tak jadi dibuat gulai; Abang pegi adinda tinggal, Jagalah janji yang kita simpai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pokok keladi di tepi paya, Bunga teratai kembang bertaut; Kalau berbudi pada yang kaya, Sama mencurah garam ke laut.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Sayang keladi ditimpa ciku, Gula empoyang ditimpa selasih; Selasih ditolak tinggal dahari, Sudah menjadi untung nasibku, Bapa tak sayang ibu tak kasih, Kakasih pula melari diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau memakan keladi puyang, Jangan lupa pada bungkalnya; Kalau termakan budi orang, Jangan lupa pada asalnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Duanya batang keladi moyang, Tiganya urat batang saga; Kita senenek serta semoyang, Kita seadat dan selembaga.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12345

Kembali ke atas