Apa gunanya kitab dibeli Bila dikaji tiada dikenang; Apa gunanya mengharap kami, Hamba ini dagang terbuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau duduk tulis menulis, Elok juga membaca kitab; Kalau duduk dalam majlis, Elok-elok dalam bercakap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau duduk di dalam surau, Ingat-ingatlah membaca kitab; Kalau duduk bersenda gurau, Ingat-ingat tersalah cakap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ya Allah ya Tuhan kami, Nabi Muhammad penghulu kami; Kitab Quran iman kami, Kaabatullahlah kiblat kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pucuk dedap selera dedap, Sudah berangkai dengan petani; Duduk hendak membaca kitab, Sudah pandai tegak berdiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Taat Melayu memegang cakap, Pantang sekali menjilat ludah; Adat berguru memegang kitab, Petang pagi rahmat bertambah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sejak pelatuk memakai taji, Banyaklah udang kena tangkap; Sejak datuk pandai mengaji, Banyaklah orang memakai kitab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kepiting di negeri Jawa, Buluh bersegi di atas atap; Ikan kering habis tertawa, Anak tupai baca kitab. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |