Pantang merendam biji labu, Labu dibawa orang bermain; Abanglah karam menahan rindu, Rindu kepada orang lain. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalaulah labu dibawa bermain, Di manakah sempat lagi dipetik; Kalau rindu pada yang lain, Di manakah sempat bersua adik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Masak labu di tengah ladang Bawa ke rumah dibuat sayur; Hendak merayu payah bertandang, Mataku merah tak dapat tidur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sedap kundur dari labu, Manakan sama timun betik; Sedap tidur dalam kelambu, Manakan sama atas riba adik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Saya tidak menyayur ketola, Puan menyayur buahlah labu; Saya tidaklah buat semula, Tuanlah buat mula dahulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau balik merendam selasih, Pantang merendam biji labu; Kalaulah adik memendam kasih, Abang pun karam menahan rindu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |