Buku tebu dibelah-belah, Hidangan manis orang Cina; Buka buku baca sejarah, Adakah tertulis Melayu terhina? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Purnama kelam menjelang siang, Mamat menebang kayu sebatang; Nama Aceh tetap dijulang, Semangat pejuang Melayu terbilang. | Pantun Melayu Sarawak | Rampai Tsunami |
Kain kapas kain sutera, Sutera merah lukisan Ayu; Jadi tatapan anak Negara, Putera sejati anak Melayu. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Di bawah Khatulistiwa kami bersumpah, Parang ilang Sri Ayu; Satu jiwa usah dipisah, Keramat merdeka rumpun Melayu. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Lagu-lagu Melayu, Masuk era baru; Jangan asyik merayu, Fikiran jadi celaru. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kuih Melayu hidangan istimewa, Hidangan petang bersama kawan; Di puncak kejayaan melihat dunia, Betapa agung kebesaran Tuhan. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Rempah ratus dibuat jamu, Ubat Melayu dari Samarang; Sebelum tua carilah ilmu, Bekalan hidup semua orang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Baju biru orang dewasa, Baju dipakai menerima kurnia; Melayu terbilang gagah perkasa, nama terjulang di seluruh dunia. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Susun kayu panjang sedepa, Rumah rehat hendak dibina; Patutlah Melayu dikatakan lupa, Sejarahnya tercatat di mana-mana. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Sutera merah lukisan Ayu, Dijual oleh anak Kedah; Putera sejati anak Melayu, Gagah tampan menyusun langkah. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |