Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mengalir dgn deras dan banyak, mencucur: hujan turun ~ dr langit; 2. ki datang dgn banyaknya: tentera Jepun kelihatan ~ masuk ke daerah Brunei; apabila harga getah naik, wang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 mengalir dgn banyaknya serta deras: Hujan yg ~ turun sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami air. 2 ki datang atau terdapat dgn banyaknya: Apabila Israel mengalami kekalahan di tangan Arab, bantuan dr Amerika Syarikat ~ tiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Mencurah


Pantun

PantunSumberTema
Hujan mencurah sebelah hulu, Larilah rusa ke balik dinding; Bukan kumarah kerana cemburu, Marah kerana adik menjeling. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Andainya hujan lebat mencurah, Eloklah kita membawa payung; Andainya kawan dapat musibah, Eloklah kita segera menolong.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Air hujan turun mencurah, Jatuh ke tanah terus ke laut; Binasa badan menahan gundah, Kasih kucurah tiada bersambut.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Yang pelaut disuruh berenang. Mencari todak berserta kepiting; Orang penakut disuruh berperang, Tahi berserak mencurah kencing.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pokok keladi di tepi paya, Bunga teratai kembang bertaut; Kalau berbudi pada yang kaya, Sama mencurah garam ke laut.Kurik Kundi Merah SagaBudi

Kembali ke atas