Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Muhammad

Puisi
 

Gendang Cik Samat gembala angsa,
     Telur angsa sarang setalam;
Umat Muhammad punya bangga,
     Embun menitis serata alam.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Ya Allah ya Tuhan kami, Nabi Muhammad penghulu kami; Kitab Quran iman kami, Kaabatullahlah kiblat kami.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dua puluh lima nabi terbilang, Nabi Muhammad rasul pilihan; Mati dahulu atau kemudian, Itu semua kerja Tuhan.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Hari Jumaat mengali halia, Hari hujan menyuluh ketam; Nabi Muhammad Nabi mulia, Jadi ikutan seluruh alam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hari Jumaat ikut mengaji, Sehari dapat dua kali khatam; Nabi Muhammad patut dipuji, Memberi rahmat seluruh alam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Gendang Cik Samat gembala angsa, Telur angsa sarang setalam; Umat Muhammad punya bangga, Embun menitis serata alam.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Akar keramat akar bertuah, Akar bertepuk di gua batu; Nabi Muhammad cintakan Allah, Di mana tuan masa itu?Kurik Kundi Merah SagaAgama
Malam ini malam Jumaat, Pasang lilin depan pintu; Kalaulah kita umat Muhammad, Kena sembahyang lima waktu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Hendak jumpa Nabi Muhammad, Hendak menghadap Tuhan yang satu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Hari ini hari Jumaat, Besok hari Sabtu; Jika nak kenal Nabi Muhammad, Pergilah sembahyang lima waktu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Banyaklah solat di hari Jumaat, Solatnya dapat bersama-sama; Banyaklah sahabat Nabi Muhammad, Sahabat berempat paling utama.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
1234

Kembali ke atas