Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
naik (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bergerak ke atas: meninggi, mengatas, membumbung, rafak, mumbul,
Berantonim dengan turun

2. Bersinonim dengan mendaki: memanjat
Berantonim dengan turun

3. Bersinonim dengan mengenderai: menunggang, membawa, memandu,

4. Bersinonim dengan bertambah: meningkat, menjulang,
Berantonim dengan turun

Kata Terbitan : menaiki, menaikkan, kenaikan,

Puisi
 

Cubalah abang naik rakit,
     Naik kereta pergi ke hulu;
Bolehlah abang tolong sedikit,
     Supaya adik bolehlah tahu.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Naik bukan sebarang naik, Naik kereta cepatlah tiba; Baik bukan sebarang baik, Baik selera berkatnya ada.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau naik kereta kuda, Jangan muat sampai enam; Benih ada baja pun ada, Tiada tanah tempat bertanam.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Jangan naik kereta kuda, Marilah kita berjalan kaki; Jangan kita main cinta, Nanti kita makan hati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dari Petani turun ke Perli, Naik kereta Proton Saga; Bernyanyi berpantun penyeri majlis, Sudah berpantun kita berniaga.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Cubalah abang naik rakit, Naik kereta pergi ke hulu; Bolehlah abang tolong sedikit, Supaya adik bolehlah tahu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau tuan berjalan kaki, Jika penat naik kereta; Jangan sekali menurutkan hati, Seumur hati duduk bercinta.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Biar tidak menaiki lori, Asal boleh naik kereta; Biar tak makan dua hari, Asalkan boleh berjumpa mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas