Siap menyulam kain sutera, Kembang bunga rasanya kelat; Setiap warga sayangkan bendera, Kambang bangsa Negara berdaulat. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Negara kaya Negara miskin, Buat perjanjian catat sejarah; Segera bina semangat yakin, Belum kalah jangan menyerah. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Laksa Sarawak sedap rasa, Bancuh kopi untuk saudara; Dapat digelar wira bangsa, Bertanggungjawab kepada Negara. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Banyak perahu dagang, Berlabuh di muara; Ada semngat juang, Jadi wira Negara. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Padi dijemur merata-rata, Pipit murai terbang bertiga; Jika makmur Negara kita, Cicit moyang tetap berbangga. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Jika cawan diisi nira, Isi bersama buah bidara; Jika tuan wira Negara, Genggam teguh tiang bendera. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Kain kapas kain sutera, Sutera merah lukisan Ayu; Jadi tatapan anak Negara, Putera sejati anak Melayu. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Pipit murai terbang bertiga, Samudera luas tidak terkira; Cicit moyang tetap berbangga, Negara kita aman sejahtera. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Kera tercium bau setanggi, Harum wangi seluruh belantara; Bendera tetap dijulang tinggi, Aman Negara hidup sejahtera. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
PATI datang PATI pulang, Datang pulang menimbul perkara; Berbagai cara menangani pendatang, Pendatang menyulit ekonomi negara; | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |