Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri di barat laut Semenanjung, keĀ­luasan 803 km2, Kangar sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Perlis

Puisi
 

Negeri Perlis bandaraya Kangar,
     Pasar jaja ikan pelotan;
Dinda tak nampak tetapi dengar,
     Tentu sahaja kerja syaitan.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

PantunSumberTema
Dari Perlis pergi ke Sabah, Datang ke Sabah berjalan kaki; Biar mati bertumpah darah, Namun kuundur tidak sekali.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Negeri Perlis bandaraya Kangar, Pasar jaja ikan pelotan; Dinda tak nampak tetapi dengar, Tentu sahaja kerja syaitan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Negeri Perlis Indera Kayangan, Tempat orang mengambil baja; Kalau sudah rasa berkenan, Siaplah duit untuk belanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Negeri Perlis Indera Kayangan, Tuanku Raja Syed Alwi; Kalau boleh bang duk angan-angan, Aku nak puasa tiga hari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari Perlis pergi ke Kedah, Hendak membeli buah papaya; Jikalau kekasih berpaling tadah, Hendak berbalik tidak upaya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cinta sayang dari Perlis, Dibawa menari dalam majlis; Saya umpama kain putih, Sebarang warna boleh ditulis.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Katak puru kerbau Perlis, Alah berlaga dengan gergasi; Tempuh bahu nak bercakap tak boleh, Pandang mata terasa nak jadi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kapal terbang masuk Perlis, Kalah berperang negeri Jerman; Bunga kembang ambil tak boleh, Ada kumbang di dalam taman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merpati terbang ke Perlis, Singgah hinggap ranting buluh; Sungguh jinak tangkap tak boleh, Seperti lalat hinggap ke tubuh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Panas terik hangat sangat, Saya nak mandi Kuala Perlis; Tengok adik jinak sangat, Rasa-rasa bagai nak boleh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas