| Tanda adat bersendi syarak, Quran dan sunah tempat bersandar; Tanda umat berbudi akhlak, Berjalan pada tempat yang benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Tanda adat bersendi syarak, Quran dan hadis menjadi tiang; Tanda umat berbudi akhlak, Kelakuan manis hati penyayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kata tua kata bersendi, Sendinya Quran berserta sunah; Hina bangsa kerana keji, Keji berkawan gila memerintah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kata seadat kata berpangkal, Berpangkal pada Quran dan sunah; Kita seadat sama seasal, Asal tanah pulang ke tanah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Patuh Melayu kepada syarak, Syarak berisi Quran dan sunah; Senonoh laku takahnya nampak, Duduk berdiri dirahmati Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Tangkai dilurut jangan mematah, Satu terkerat semuanya layu; Sesuai menurut Quran dan sunah, Di situlah tempat tuah Melayu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Ya Allah ya Tuhan kami, Nabi Muhammad penghulu kami; Kitab Quran iman kami, Kaabatullahlah kiblat kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Bijak bestari tiada menyalah, Bila dipegang tidakkan sesat; Syarak berisi Quran dan sunah, Dialah tiang dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adapun hajat sebenar hajat, Tiada menyalah barang dituju; Adapun adat sebenar adat, Quran dan sunah ia menyatu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kalau terbang burung kuaran, Gantunglah jala berlapis rapat; Kalau orang menjunjung al-Quran, Junjunglah pula hadis Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |