Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Peribahasa

Dalam sudah keajukan,
     dangkal sudah keseberangan.

Bermaksud :

Telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang. ajuk = duga.

 

Lihat selanjutnya...(30)

104

Don't count your chickens before they are hatches

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Belum beranak sudah ditimang

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah belum beranak sudah ditimang. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

PantunSumberTema
Telah lama orang memukat, Angin utara sudah berhenti; Sudah lama kukandung niat, Ingin bersua si buah hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Telah lama orang menekat, Membuat baju kebaya lebar; Sudah lama abang terpikat, Hendak bertemu dada berdebar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Telah lama orang merenda, Hendak ditekat takut menyalah; Sudah lama abang mencinta, Hendak bercakap tergigit lidah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Telah lama orang berburu, Hendak mencari rusa beranak; Sudah lama abang merindu, Hendak ke mari dadaku sesak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Telah lama orang menyimpai, Untuk penguat pasak pedati; Sudah lama abang mengintai, Untuk mendekat tidak berani.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Telah lama orang menyimpai, Pemasak tiang berikut tonggak; Sudah lama abang mengintai, Hendak berterang takut ditolak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Telah lama orang belayar, Perahu kolek laju meluncur; Sudah lama abang bersabar, Menunggu adik mahu menegur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Telah lama kuda berlari, Dikejar budak badan berpeluh; Sudah lama hamba menanti, Khabar tidak pesan pun jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Telah lama kuda berlari, Lidah terjulur mata pun sayu; Sudah lama hamba menanti, Habislah umur menahan rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas