Orang memukat pagi dan petang, Tak sempat pagi memukat malam; Orang beradat berhati lapang, Diumpat dikeji tidak mendendam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Waktu mandi pagi dan petang, Tak sabun bawalah sabut; Baru sekali pergi meminang, Kerana gerun mulaslah perut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau cukup lada dan beras, Tak ada lauk lada disambal; Kalau hidup bekerja keras, Di mana duduk adalah kekal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Zaman silam banyak kenangan, Peristiwa penting jadi sejarah; Siang dan malam tak mahu makan, Kerana pening tak jadi nikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau tak dapat tali belati, Cari saja akar dan rotan; Kalau tak ingat kepada janji, Sudah lama hamba berjalan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tak ada si buah labu, Takkan berair batang cendana; Kalau tak ada ayah dan ibu, Takkan lahir manusia ke dunia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Adat berhenti di tempat teduh, Bila tak teduh tentu berpanas; Adat mengaji taat dan sungguh, Bila tak sungguh ilmu terlepas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Daun pandan panjang sedepa, Dibawa orang meredah lumpur; Siang dan malam saya tak lupa, Lupalah lupa di dalam tidur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak ayam dalam celepa, Buka tudung memakan padi; Siang dan malam saya tak lupa, Kasih terkandung dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pergi ke darat membeli mangkuk, Mangkuk berisi buah berangan; Racik dan jerat burung tak masuk, Burung biasa makan di tangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |