Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.bang] | ابڠ

Definisi : 1. saudara lelaki yg lebih tua drpd seseorang (biasanya seibu seayah dengannya); 2. panggilan khususnya kpd saudara tua laki-laki, adik-beradik; 3. panggilan kpd seseorang lelaki yg lebih tua sedikit; 4. panggilan kpd suami; ~ angkat orang lelaki yg lebih tua drpd seseorang yg tidak mempunyai hubungan darah dengannya tetapi telah diambil sbg anak oleh ibu bapanya; ~ ipar abang kpd isteri (atau suami) seseorang; ~ kandung abang yg seibu dan seayah dgn seseorang; ~ tiri abang kpd seseorang yg merupakan anak kpd ibu atau ayahnya hasil drpd perkahwinan yg terdahulu (dgn suami atau isteri yg lain); berabang 1. mempunyai abang (biasanya abang kandung); 2. memanggil seseorang abang, menggunakan kata (panggilan) abang terhadap seseorang; berabangkan mempunyai seseorang sbg abang: ~ seorang yg pengasih dan bertim­bang rasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bang] | ابڠ

Definisi : Jw merah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bang] | ابڠ

Definisi : 1 saudara lelaki yg lebih tua: ~ Long selalu membelikan saya buku. 2 panggilan kpd suami dan juga kpd saudara pupu lelaki yg lebih tua khasnya, kpd lelaki yg lebih tua sedikit amnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abang

Puisi
 

9Gunung dari Kelebang,
     Sampai ke Jeddah membawa guni;
Jangan sebarang ikut abang,
     Abang sudah ada bini.


Lihat selanjutnya...(417)
Peribahasa

Ada wang abang saya,
     tak ada wang abang payah.

Bermaksud :

Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Anak itik di dalam longkang, Habis dimakan anak buaya; Kalaulah adik mengikut abang, Bolehlah abang berkira-kira.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Abang Sani hilir ke kota, Dayung tersangkut di dahan rumpai; Rasa nak jatuh si air mata, Mengenang hidup tak akan sampai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Abang mudik pergi ke Daru, Datang Daru teruslah ke Matu; Orang lain saya tak hirau, Hirau tak hirau kakanda satu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Abang makan hendak berhidang, Memakai kain berbelah tepi; Di dalam merana cinta datang, Air mata jatuh ke pipi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Abang Hassan anak baginda, Menjahit baju tidak bersisi; Rindu di hati datang melanda, Air mata jatuh ke pipi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Abang Daud menyepak raga, Raga disepak dalam mahligai; Dalam laut boleh diduga, Dalam hati tidak ku pandai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Abang Abu duduk bermenung, Mari berjalan Kampung Tembirat; Hendak mengikat ekor burung, Ambillah tali pakai pengikat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil kapak tebang kempas, Jatuh kaki haram tak luka; Surat adik abang tak balas, Pantun abang jangan dilupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Abang merempuh di kaki bukit, Siapa bilang terlanggar pipit; Abang cakap manis di mulut, Saya mendengar menjadi leput.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa abang jahit baju, Jahit kain banyak lagi; Tak payah abang kata begitu, Kata lain banyak lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678

Kembali ke atas