Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.bu.a.bu] | ابو٢

Definisi : ikan ~ Id sj ikan laut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bu.a.bu] | ابو٢

Definisi : Id warna kelabu; keabu-abuan berwarna agak kelabu, ke­ke­labu-­kelabuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abu-abu

Puisi
 

Cik Abu orang Peringgit,
     Siang malam main perahu;
Buku tebu boleh kugigit,
     Buku buluh belum tahu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Berdiang di abu dingin.

Bermaksud :

Tidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

PantunSumberTema
Cik Abu orang Peringgit, Siang malam main perahu; Buku tebu boleh kugigit, Buku buluh belum tahu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Abang Abu duduk bermenung, Mari berjalan Kampung Tembirat; Hendak mengikat ekor burung, Ambillah tali pakai pengikat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila meniup abu di dapur, Hati-hati terkena mata; Apabila hidup tahu bersyukur, Berbagai rezeki hatinya rela.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Hari mana mengayak abu, Hari tuan mengayak pasir; Bagaimana bercerai ibu, Bagai roboh kota besar.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sayang Metedong Gunung Metali, Beruang Abu terbang sekawan; Betul-betul memegang janji, Laksana paku lantak ke papan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Tiup api di Gunung Ledang, Abu-abunya kutampi jua; Niat hati dari bujang, Balu-balunya kuambil jua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hisap rokok dalam kelambu, Terbit asap menjadi abu; Saya umpama golok kayu, Tetak tak lut gadai pun tak laku.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sayang mas melor dengan mas keli, Buang abu terbang sekawan; Meminta teguh memegang janji, Sama paku lantak ke papan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bila meniup bara api, Campakkan arang ke dalam abu; Bila hidup tiada berbudi, Banyaklah orang jadi seteru.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ada berempat sahabat nabi, Ada seorang jadi khalifah; Abu Bakar, Omar, Usman, dan Ali, Saidina Ali suami Fatimah.Kurik Kundi Merah SagaAgama
12

Kembali ke atas