Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Tetak tebu tempatku mandi,
     Layang-layang di Padang Semu;
Jangan sedih dalam hati,
     Ada hayat boleh bertemu.


Lihat selanjutnya...(45)
Peribahasa

Jika ada padi berhampalah;
     jika ada hati berasalah.

Bermaksud :

Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu.

 

Lihat selanjutnya...(14)

73

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa!" tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

PantunSumberTema
Ada kerusi ada meja, Itulah tempat membasuh kaki; Ada budi ada bahasa, Itulah tempat ditaruh hati.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Tetak tebu tempatku mandi, Layang-layang di Padang Semu; Jangan sedih dalam hati, Ada hayat boleh bertemu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ada gelas berisi bunga, Ada kayu dibelah-belah; Seikhlas hati kami berdoa, Mangsa Tsunami dirahmati Allah.Pantun Melayu SarawakAgama
Banyak sungguh kayu di paya, Ada sebatang pokok meranti; Banyak sungguh anak dara, Ada seorang berkenan di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bangsal ikan pari, Tumbuh rumput lalang, Senang hati isteri, Ada anak cemerlang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Dewa-dewa melihat sakti, Diam dalam gua batu; Jangan encik susah hati, Susah ada Tuhan membantu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Beras pulut bercampur padi, Laksamana memanah dulang; Di mulut sedih di hati, Belum ada anak seorang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Apa direnung apa dikenang, Kamek dua Pulau Bali; Baranglah nisik jangan dikenang, Baranglah ada menghibur hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Yakin ada percaya tidak, Kerana khabar belum pasti; Berkain ada kebaya tidak, Dada berdebar menahan hati.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau ada jarum patah, Jangan simpan dalam peti; Kalau ada silap salah, Jangan simpan dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12345

Kembali ke atas