Kata tua kata adat, Adat berisi adab Melayu; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati beraib malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata tua kata adat, Adat berisi penonton adab; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati santun bercakap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu dari muafakat, Duduk di majlis memakai adab; Kuat Melayu berdiri adat, Elok manis sesuai cakap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bercakap dusta memanglah haram, Menjual kawan pantang sekali; Adab dijaga siang dan malam, Berbekal iman sepanjang hari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bercakap lurus berkata benar, Muka jernih hati pun bersih; Adab halus pantang mengasar, Pantang sekali mencari selisih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat elok tabiat, Bercakap lurus berkata benar; Membuang adat kutuk melekat, Adab pupus nama tercemar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu pantang menipu, Bercakap dusta memanglah haram; Sifat Melayu memegang malu, Adab dijaga siang dan malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu tegaknya lurus, Bercakap lurus berkata benar; Sifat Melayu hendaklah halus, Adab halus pantang mengasar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Betul belat betul injabnya, Betul injab lukah berisi; Betul adat betul adabnya, Betul adab tingkah terpuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pucuk paku makanan kalui, Dahan dedap bertaruk muda; Tak berbalas tak berbalui, Tak ada adab sesama muda. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |