Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ® ada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mengenai, perihal: dapat dikemuka­kan bahawa ~ cerita pendek pd umumnya menceritakan hal manusia juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perihal; ttg hal: ~ anak raja itu tersangatlah buas serta nakal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adapun


Pantun

PantunSumberTema
Adapun hari berganti bulan, Bulan beralih berganti tahun; Apabila hati bersendi iman, Beramal soleh mengaji tekun.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Adapun bayan bulunya cantik, Ke mana terbang dicari orang; Tanda beriman lakunya baik, Berdada lapang hati penyayang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Adapun ikan banyak ragamnya, Ada bersisik ada yang tidak; Tanda beriman nampak Islamnya, Budinya baik sempurna akhlak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Adapun ikan selalulah basah, Kureha hidupnya di dalam air; Tanda beriman tahu kan Allah, Mulia hidupnya di alam akhir.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Adapun surat yang tersurat, Kalau basah tulisan rosak; Adapun adat yang teradat, Kalau dirubah jangan merosak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adapun surat yang tersurat, Dibaca terang tiap halaman; Adapun adat yang teradat, Dirubah orang setiap zaman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adapun surat yang tersurat, Sekali bentang dibaca mudah; Adapun adat yang teradat, Pagi petang boleh dirubah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adapun surat yang tersurat, Surat terang mudah disebut; Adapun adat yang teradat, Adat datang tidak dijemput.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adapun niat yang diniatkan, Musibah jangan menjadi balak; Adapun adat yang diadatkan, Dirubah jangan menyalahi syarak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adapun niat yang diniatkan, Dengan bertaubat selamat mati; Adapun adat yang diadatkan, Dengan muafakat dapat diganti.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
123

Kembali ke atas