Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adat

Puisi
 

Orang berperang jatuh tersungkur,
     Buat kubu sebelah kiri;
Adat di hutan harimau mengambur,
     adat Adat lalang makan api.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Adat bersendi syarak,
     syarak bersendi adat.

Bermaksud :

Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah).

 

Lihat selanjutnya...(69)

209

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Adat pasang berturun naik

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, adat pasang berturun naik, dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Adapun hajat sebenar hajat, Hajat mencari jalan yang lurus; Adapun adat sebenar adat, Adat sejati pantang dihapus.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Titik atap disambung atap, Atap disisik di dangau padi; Banyak adat perkaralah adat, Adat yang mana setuju di hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kata adat kata bersajak, Elok sanggam dibilang orang; Adat-adat ada tiangnya, Tiangnya iman berdada lapang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata adat, Adat berisi laku perangai; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati malu bertikai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata adat, Adat berisi penonton akhlak; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati santun bertindak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata adat, Adat berisi penonton adab; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati santun bercakap.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata adat, Adat berisi adab Melayu; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati beraib malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata adat, Adat berisi pusaka zaman; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati suka berkawan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata adat, Adat berisi contoh teladan; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati senonoh iman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata adat, Adat berisi tunjuk ajar; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati elok penyabar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12345678910...

Kembali ke atas