Tegak adat syarak berdiri, Hidup selamat dunia akhirat; Rosak adat rosaklah negeri, Hidup sesat sengsara umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tanda adat bersendi syarak, Syarak menyebut adat memakai; Tanda umat berbudi akhlak, Akhlak patut dilihat ramai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu bersendi syarak, Syarak bersendi ke kitabullah; Adat Melayu pantang dianjak, Dianjak sekali tentu menyalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Patuh Melayu kepada syarak, Syarak berisi Quran dan sunah; Senonoh laku takahnya nampak, Duduk berdiri dirahmati Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apalah tanda belat kita, Belat kita berdiri tegak, Tegak berdiri sebelah-menyebelah; Apalah tanda adat kita, Adat kita bersendi syarak, Syarak bersendi Kitabullah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sifat guru berhati bijak, Bijak bestari tiada menyalah; Adat Melayu bersendi syarak, Syarak berisi Quran dan sunah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu pantang dianjak, Dianjak layu diumbut mati; Kuat Melayu memegang syarak, Syarak berhulu ke sunah nabi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tanda adat bersendi syarak, Adat memelihara petuah ulama; Tanda umat berbudi akhlak, Luar malam jadi teladan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tanda adat bersendi syarak, Adat pantang semena-mena; Tanda umat berbudi akhlak, Sifatnya pandang mengada-ada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tanda adat bersendi syarak, Adat pantang menyalahi sunah; Tanda umat berbudi akhlak, Taat memegang kata nasihat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |