Adik beradik berbaju chongsam, Rama-rama berwarna saga; Carik-carik bulu ayam, Lama-lama bercantum juga. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Orang bersisik adik beradik, Turun menjala Sungai Asahan; Kalau pandai kita memetik, Mana buah rosak sedahan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau kita menanam padi, Senanglah makan adik-beradik; Kalau kita menanam budi, Orang yang jahat menjadi baik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tetak sebentang bawa mudik, Anak raja duduk di taman; Duduk bertentang adik beradik, Bagai bunga kembang setaman. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tetak serentang bawa mudik, Anak raja duduk di taman; Duduk bertentang adik-beradik, Bagai bunga kembang setaman. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |