Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.din.da] | اديندا

Definisi : bh adik (digunakan di kalangan keluarga raja, dlm surat-menyurat dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.din.da] | اديندا

Definisi : adik (digunakan dlm surat-menyurat atau di kalangan keluarga raja). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adinda

Puisi
 

Sayang membakut padi-padian,
     Kacangku karam di tengah jalan;
Kalau adinda takut-takutan,
     Baik sekarang adinda berjalan.


Lihat selanjutnya...(55)

Pantun

PantunSumberTema
Jika adinda makan gelagah, Beri kami buku-bukunya; Jika adinda beranak tengah, Bagi kami buku bongsunya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang membakut padi-padian, Kacangku karam di tengah jalan; Kalau adinda takut-takutan, Baik sekarang adinda berjalan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau mandi bawa kumandi, Mandi adinda dalam telaga; Jika mati bawa kumati, Mati saya dalam syurga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang maritam sipagahanan, Akan kunaik belum berbiji; Adinda hitam sipenahanan, Penahanan anak mengunjar bini.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kayu ara di hujung balai, Dituruni bulan puasa; Adinda tuan janganlah lalai, Sudah tua badan binasa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Petang-petang duduk melengung, Sarang penyengat dalam padi; Adinda duduk di pucuk payung, Kanda di bawah menjunjung duli.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sungai Balai jalan berhenti, Anak Cina melipat kain; Adinda lalai boleh kunanti, Janganlah saja ke tempat lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sembahyang waktu Subuh, Pasang tabir atas tambiran; Bau adinda lekat di tubuh, Dibawa mandi tidakkan hilang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga lada tangkainya sama, Petik setangkai kembang melati; Adinda berjanji terlalu lama, Tidak sanggup kanda menanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah putat kukata ulam, Bukanlah ulam kulari pulang; Adinda pucat kukata demam, Bukannya demam di hati yang pulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678

Kembali ke atas