Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ga/.a.ga/] | اݢق٢

Definisi : 1. barangkali, mungkin, rasanya, rasa-rasanya: ~ hari ini hujan; 2. = agaknya gerangan, kiranya: apa ~ maksudnya datang ke mari? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ga/.a.ga/] | اݢق٢

Definisi : 1 hati-hati; ingat-ingat: Bertutur pd malam hari ~. 2 = agaknya barangkali; gerangan: Bilakah ~ tuan dpt pergi ke sana? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agak-agak

Peribahasa

Agak lebih daripada agih.

Bermaksud :

Banyak bicara, sedikit kerja.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Belilah minyak agak sebalang, Untuk memasang api pelita; Hati berkocak menengok abang, Duduk seorang mencari cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ambillah padi agak segantang, Untuk ditanam di tengah malam; Adik seperti cahaya bintang, Untuk pedoman abang berjalan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tiang rumah kayu menanti, Baik diukur agak sedepa; Abang sudah malu menanti, Adik ditegur tidak menyapa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Berani buat berani tanggung, Jangan suka teragak-agak; Jangan bawa rasmi jagung, Makin berisi semakin tegak.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Batang kundur batang dedap, Dari rawa ke tanah kesang; Menumpang tidur agak sekejap, Dari senja sampai ke siang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas